Siaran Akhbar

Perutusan Hari Thaipusam 2021

Jan 28, 2021


Selamat menunaikan ibadat Thaipusam kepada semua penganut Hindu di Malaysia. Semoga perayaan ini membawa keberkatan dan keharmonian kepada anda sekeluarga.

Saya sedar bahawa sambutan Thaipusam membawa banyak signifikan kepada masyarakat India di Malaysia. Thaipusam adalah perayaan yang disambut oleh penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi memperingati kemenangan keadilan yang dipimpin oleh Dewa Murugan ke atas kejahatan.

Setiap tahun kita dapat menyaksikan sambutan Thaipusam yang begitu meriah dan penuh dengan pelbagai tradisi keagamaan termasuk menunaikan nazar. Antara kuil yang terkenal bagi sambutan Thaipusam adalah Kuil Sri Subramaniar Swamy, di Batu Caves, Selangor, Kuil Sri Arulmigu Balathandayuthabani di Pulau Pinang dan Kuil Arul Subramaniar Gunung Cheruh, di Ipoh, Perak.

Penganut Dewa Murugan juga terdiri daripada pelbagai kaum termasuk masyarakat India, Cina, Siam dan juga pengikut dari negara barat. Ini menunjukkan betapa kayanya negara ini dengan kepelbagaian agama, tradisi, dan kebudayaan serta mencerminkan perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia.

Untuk tahun ini, kita faham bahawa sambutan Thaipusam terkesan akibat pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat-kuasa sekarang, dan situasi ini menyeru kita semua untuk menunaikan ibadat Thaipusam dengan norma baru secara sederhana di rumah masing-masing.

Dengan ini, saya juga ingin mengingatkan orang ramai supaya mematuhi SOP untuk kelangsungan pencegahan wabak COVID-19 dan kita semua perlu bersatu membantu petugas barisan hadapan dalam usaha membanteras pandemik ini. Sekian.

Vel Vel Vetrivel !

胡栋强促曹观友 开紧急会议商治水对策

胡栋强促曹观友 开紧急会议商治水对策

(槟城7日讯)民政党槟州主席胡栋强促请槟州首长曹观友,不要再逃避峇央峇鲁一雨成灾的严重问题,同时应该立刻召开各相关部门紧急会议,以寻求对策,别让槟岛西南区人民长期生活在淹水之苦中。

baca lagi