Siaran Akhbar

PERUTUSAN HARI WANITA SEDUNIA 2023 PRESIDEN NASIONAL PARTI GERAKAN

Mac 7, 2023


Esok Hari Wanita Sedunia 2023. Sejak Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat, hak wanita telah diiktiraf di seluruh dunia. Ramai wanita dapat memegang jawatan kepimpinan dalam pelbagai bidang, ia telah menunjukkan bahawa wanita boleh mendapati lebih banyak peluang di tempat kerja.

Walau bagaimanapun, kita tidak boleh mengabaikan hakikat bahawa pemerkasaan politik wanita masih mempunyai halangan..

Menurut penerbitan Statistik Pemerkasaan Wanita dalam Domain Terpilih, Malaysia, 2022 daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Indeks Jurang Gender Malaysia (MGGI) telah menurun sebanyak 0.7%, terutamanya dalam bidang politik.

Berdasarkan penerbitan tersebut, wanita di Malaysia hanya menguasai 10% daripada jawatan kepimpinan seperti Menteri, Ahli Parlimen serta Ahli Dewan Undangan Negeri. Ini telah mencerminkan hakikat bahawa wanita masih ketinggalan berbanding lelaki dari segi pemerkasaan politik, dan indeks pemerkasaan politik wanita kekal rendah.

Justeru, kerajaan campuran di bawah pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim perlu berusaha mencapai kesaksamaan jantina, termasuk mengambil lebih langkah untuk memastikan peluang serta hak wanita adalah sama dalam semua bidang.

Oleh itu, kami turut menyeru seluruh masyarakat untuk memberi perhatian kepada kepentingan kesaksamaan jantina dan mengambil langkah-langkah bagi memastikan wanita mempunyai peluang serta hak yang sama dalam semua bidang terutamanya dalam bidang politik.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia. Wanita adalah insan yang perlu dihormati dan dikasihi atas jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan.

昌明政府卖掉马来西亚城以减少国债。

昌明政府卖掉马来西亚城以减少国债。

民政党全国主席拿督刘华才博士要求首相安华说明,我国2024年新债务从预算中的860亿令吉减少至768亿令吉,是不是因为政府出售大马城获得120亿令吉才促成国债缩减? 他说,政府有必要告诉民众政府是通过什么方式削减新债务,因为大家都晓得财政部以约120亿令吉的价格,将大马城出售给KLCC(控股)私人有限公司。巧的是,这120亿令吉正巧“填补了”政府借贷减少的92亿令吉。...

baca lagi