Siaran Akhbar

Perutusan Kemerdekaan Daripada Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia

Ogo 30, 2022

Malaysia akan menyambut Hari Kebangsaan ke-65 pada tahun ini. Hari Kebangsaan mempunyai nilai yang kita perlu mempelajari, mempromosikan sejarah, semangat perpaduan antara semua kaum di Malaysia.

Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, agama dan budaya, sikap saling menghormati antara kaum perlu dikekalkan bagi memastikan kemakmuran dan keharmonian dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang

Tema Hari Kebangsaan tahun ini adalah “Keluarga Malaysia, Teguh Bersama”, ia selaras dengan wawasan rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum, agama dan budaya, agar bekerjasama untuk menjaga keharmonian dan pembangunan negara.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia yakin dan percaya bahawa sikap keterbukaan Malaysia akan menjadikan negara ini mencapai masa depan yang lebih gemilang. Oleh itu, kerajaan harus menubuhkan dasar yang adil yang berbilang kaum supaya kita semua boleh bekerjasama merealisasikan visi Keluarga Malaysia.

Selain itu, ideologi agama dan perkauman secara melampau adalah batu penghalang kepada kemajuan negara yang mesti dibuang. Malaysia merupakan sebuah negara yang majmuk,jadi kita perlu menyemarakkan semangat perpaduan antara kaum.

Kini, Malaysia menghadapi pelbagai cabaran, termasuk pandemik Covid-19, kegawatan ekonomi, krisis inflasi dan rasuah yang berleluasa, tetapi selagi semua rakyat Malaysia kekal bersatu padu, kita akan boleh mengatasi kesukaran ini.

Akhirnya, saya bersama Parti Gerakan Rakyat Malaysia mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan Ke-65. Merdeka!

YB SENATOR DATUK DR. DOMINIC LAU HOE CHAI
PRESIDEN NASIONAL GERAKAN