Siaran Akhbar

Perutusan Krismas

Dis 24, 2020

Krismas akan datang, walaupun seluruh dunia masih di bayangan wabak COVID 19, tetapi seluruh negara kita masih menyambut musim perayaan ini yang penuh dengan kegembiraan dan perkongsian dengan suasana yang cukup mesra.

Krismas adalah perayaan yang bermakna berkongsi. Orang ramai akan tukar hadiah dan mengambil kesempatan untuk berkumpul.

Walaupun kita tidak dapat berkumpul dan meraikan seperti kebiasaannya, namun kita masih boleh bersama dengan orang yang tersayang jika kita mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi mencegah penyebaran virus COVID 19.

 

2020 adalah tahun yang penuh dengan cabaran, kekacauan politik negara dan COVID 19 yang telah melanda hampir sepanjang tahun, tetapi ini tidak akan merosakkan perasaan antara agama dan bangsa masing-masing.

Kita bernasib baik kerana walaupun mempunyai perbezaan, kita masih dapat mencari jalan persamaan. Kita juga berpeluang untuk belajar dan mengambil bahagian dalam perayaan atau aktiviti pelbagai kaum dan agama. Ini adalah cara terbaik untuk memahami  secara mendalam.

Saya berharap rakyat dapat belajar budaya bangsa lain melalui perayaan Krismas. Kita menghargai apa yang telah dibina oleh semua bangsa untuk negara ini selama bertahun-tahun, dan persefahaman serta toleransi adalah kekuatan pendorong kepada kemajuan negara.

Selain meraikan musim perayaan, saya di sini mendoakan agar semua bangsa dan komuniti di Malaysia berada dalam keadaan baik dan dipermudahkan urusan mereka.

Saya berdoa agar Malaysia menjadi sebuah negara yang mempunyai nilai, tujuan yang sama dan perpaduan.

Saya juga berharap agar mereka yang terkena jangkitan COVID 19, kembali pulih dan sihat seperti sedia kala.

Saya berdoa agar anggota barisan hadapan diberi perlindungan oleh Tuhan bagi menghadapi wabak ini.

Saya berharap mereka yang menghadapi masalah kewangan kerana pelbagai sebab, terutamanya COVID 19, dapat keluar dari kesukaran secepat mungkin.

Selepas Hari Krismas, kita akan menyambut tahun baru.

Saya mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada
semua rakyat, terutama penganut agama Kristian. Semoga  Malaysia terus menjadi negara yang aman, damai dan harmoni tanpa mengira perbezaan.