Slide SERTAI KAMI SUMBANGAN SERTAI KAMI SUMBANGAN

Berita Gerakan

PH perlu berhenti main isu peralihan kuasa – Dominic

Feb 13, 2020

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) perlu berhenti daripada menimbulkan isu berkaitan peralihan kuasa dalam pentadbiran kerajaan.

Mereka perlu memberikan tumpuan terhadap pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara yang semakin merosot sejak akhir-akhir ini, kata Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai.

Menurut beliau, statistik negara membuktikan bahawa seluruh dunia mengalami kemerosotan ekonomi yang kritikal dan Malaysia turut terkesan dengan keadaan itu.

Dominic mendakwa, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hanya pandai membeli jiwa rakyat dengan meyakinkan semua bahawa keadaan ekonomi negara akan kembali stabil menjelang tahun ini.

“Tetapi kini berlaku sebaliknya sejak penularan wabak koronavirus di China. Malah, kelmarin Malaysia dikejutkan lagi dengan berita bahawa Amerika Syarikat telah menggugurkan Malaysia sebagai penerima Subsisidi dari Organisasi Perdagangan Dunia (WTO).

“Keadaan ini menjadikan ekonomi negara berada dalam keadaan semakin genting,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambah beliau, rakyat tidak mahu isu sedemikian menjadi penghalang kepada negara untuk terus berdaya maju dengan negara lain dan disebabkan itu, kerajaan harus giat usaha untuk merancakkan kembali ekonomi negara.

Katanya lagi, bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia tahun ini, pelbagai aktiviti boleh dilaksana untuk kerajaan menambah pendapatan negara.

Dominic memberitahu, usaha boleh dilakukan dengan menggalakkan aktiviti seperti pelancongan domestik, kempen jualan murah dan sebagainya.

Selain itu kata beliau, kerajaan juga boleh menggunakan peluang untuk mewujudkan peluang pekerjaan baru untuk membantu mereka yang kini sedang menganggur.

“Suntik lebih banyak dana untuk galakkan mereka giat usaha dalam pelbagai industri perlancongan, pertanian dan sebagainya demi rancakkan perkembangan ekonomi negara, sekaligus dapat mengurangkan kadar penggangguran dalam negara,” ujarnya.

Dominic menambah, kerajaan baru perlu sedar, pentadbiran dan pembangunan negara bukan terletak pada peralihan kuasa pemimpin semata-mata.

Sebaliknya, kegigihan kerajaan baru mengurus tadbir negara jadi penentu kepada kemakmuran negara tersebut.

“Banyak lagi urusan negara lebih penting perlu diutamakan. Maka dengan itu, lupakan sahaja impian peralihan kuasa kerana kerajaan baru seharusnya lebih komited untuk stabilkan ekonomi negara.

“Oleh itu, Parti Gerakan Rakyat Malaysia sarankan pemimpin dalam Pakatan Harapan jangan terlalu asyik dengan politik murahan kerana ianya tidak menyumbang apa-apa manfaat pada ekonomi negara,” katanya.

刘华才:降路费勿仅限轿车 罗里巴士应享30%折扣

刘华才:降路费勿仅限轿车 罗里巴士应享30%折扣

(吉隆坡19日讯)随着政府宣布南北大道公司属下所有大道的过路费调低18%,民政党主席拿督刘华才博士要求政府说明,除了私家车,其他等级车辆包括罗里和巴士使用南北大道时,是否也可享有这18%折扣。

baca lagi