Siaran Akhbar

PH Tidak Mempunyai Pendirian Yang Teguh!

Nov 22, 2022

Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia, YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan di Perak telah menunjukkan bahawa PH tidak mempunyai pendirian yang teguh.

Walhal sebelum ini Lim Kit Siang ada mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar Ibrahim sepatutnya menjadi Perdana Menteri atau Pakatan Harapan selayaknya menjadi kerajaan kerana mempunyai kerusi Parlimen melebihi Barisan Nasional dan Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-15.

“Kalau tidak diikut akan merosakkan negara lebih-lebih lagi sistem demokrasi menurut Lim Kit Siang.

“Tetapi di Perak, Perikatan Nasional yang paling banyak kerusi di Dewan Undangan Negeri. Kenapa tidak memberi peluang kepada Perikatan Nasional?

Beliau membuat kenyataan di atas dalam satu kenyataan hari ini.

“PH boleh melakukan apa yang mereka mahu? Ini adalah ‘double standard’ dengan melarang orang lain melakukan apa yang mereka mahukan?”

“4 hari lalu, PH mengkritik Zahid Hamidi sebagai pemimpin yang rasuah dan beliau adalah “kluster mahkamah”. Namun kini PH berubah dan menjadikan kluster mahkamah sebagai hero negara.”

Dominic Lau menegaskan bahawa setiap orang politik perlu ada prinsip asas. Jika parti politik tidak mempunyai prinsip dan hanya mementingkan kuasa, suatu hari nanti mereka akan memusnahkan negara dan rakyat.

YB SENATOR DATUK DR. DOMINIC LAU HOE CHAI
PRESIDEN NASIONAL GERAKAN