Slide SERTAI KAMI SUMBANGAN SERTAI KAMI SUMBANGAN

Berita Gerakan

Pihak berkuasa didakwa ‘tutup mata’ isu Rohingya di Teluk Kumbar

Ogo 25, 2020

KUALA LUMPUR Pemuda Parti Gerakan Rakyat Malaysia Negeri Pulau Pinang kecewa dengan sikap tidak prihatin pihak berkuasa berhubung isu kemasukan nelayan Rohingya yang telah mengancam pendapatan nelayan tempatan di Teluk Kumbar.

Jurucakapnya, Mohd Aswaad Jaafar berkata, setakat ini tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa walaupun parti ini  telah membangkitkan isu berkenaan pada awal bulan ini.

Tegasnya, kewujudan nelayan Rohingya yang tidak mematuhi peraturan telah menggugat pendapatan nelayan tempatan dan masalah sosial.

Pendapatan nelayan tempatan telah merosot sebanyak 50% dan berlakunya kehilangan pukat dan alat penangkapan ikan.

Malah, nelayan tempatan turut mengadu, nelayan warga asing itu bukan sahaja tidak mengikut peraturan yang ditetapkan kerajaan, malah biadap apabila mengatakan laut itu tidak dimiliki nelayan tempatan apabila diminta beri kerjasama oleh nelayan tempatan.

Selain itu, kebanyakan nelayan Rohingnya itu tidak mempunyai lesen dan permit perikanan yang sah, mereka menggunakan sampan dengan enjin yang berkuasa lebih tinggi yang membolehkan mereka menangkap ikan di kawasan laut lebih dalam dan membawa hasil pulangan lebih banyak.

Penggunaan bot-bot yang berkuasa tinggi ini telah menyebabkan kerosakan kepada pukat-pukat nelayan tempatan, sekaligus mengakibatkan kerugian.

”Parti Gerakan Rakyat Malaysia menggesa pihak berkuasa mengambil berat masalah yang dihadapi nelayan tempatan di Teluk Kumbar,” ujarnya dan memaklumkan telah mengemukakan surat kepada Jabatan Imigresen Negeri Pulau Pinang supaya tindakan segera diambil dan kehidupan normal nelayan di teluk itu dapat dikembalikan.

彭民政矢捍吉打里直凉

彭民政矢捍吉打里直凉

(文冬29日讯)彭亨州民政党将会继续捍卫该党的两个传统传区文冬吉打里和百乐直凉,以便能够继续由民政党派出代表出阵.

baca lagi