Berita Gerakan

PM hadir sambutan Tahun Baharu Cina Gerakan secara maya

Feb 12, 2021

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa menghadiri sambutan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Parti Gerakan secara maya, hari ini.

Majlis secara norma baharu itu julung kali diadakan apabila masing-masing berada di lokasi berlainan dan secara uniknya menggaul ‘Yee Sang’ serentak sebagai simbolik sambutan perayaan itu.

Di kediaman Perdana Menteri, Muhyiddin bersama isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dilihat gembira dengan cara sambutan sedemikian dan masing-masing menyebut ‘Ong Perikatan Nasional (PN) ‘, ‘PN Berjaya’, ‘Menang PN’ dan ‘prosperity dan makmur’ ketika menggaul Yee Sang itu.

Selain Perdana Menteri, turut hadir memeriahkan sambutan ialah para pemimpin komponen parti PN antaranya Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong; Bendahari Gerakan, Hng Chee Wey dan Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Turut kelihatan hadir ialah Setiausaha Agung Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Richard Yong We Kong; Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (STAR); Datuk Guan Dee Koh Hoi dan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas, Dr. Halimah Ali.

Perdana Menteri dalam komen ringkasnya dalam majilis yang diadakan kira-kira 25 minit itu berharap, sambutan perayaan boleh dilaksanakan secara tradisi biasa pada tahun depan selepas wabak Covid-19 berakhir.

Dalam pada itu, Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, idea pelaksanaan sambutan secara maya ini membuktikan Tahun Baharu Cina masih boleh dirayakan dalam suasana norma baharu.

Beliau pada masa sama berterima kasih kepada Perdana Menteri selaku Pengerusi PN kerana menerima penyertaan Gerakan semalam sebagai anggota parti PN dan menyifatkan ia merupakan hadiah bermakna sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

“Terima kasih kerana memberikan kepercayaan dan peluang kepada Gerakan untuk menyertai PN dan menghargai sokongan parti-parti komponen lain.

“Gerakan bersiap sedia berganding bahu memastikan kejayaan PN dalam Pilihan Raya Umum akan datang dan berjanji akan menggerakkan seramai 300,000 ahli 1,545 cawangan dan 148 bahagian berada di belakang Perdana Menteri bagi memastikan kejayaan PN,” katanya. -UTUSAN ONLINE

植旷荣吁政府 严待国安干扰事件

植旷荣吁政府 严待国安干扰事件

(吉隆坡21日讯)民政党呼吁党员归队,踊跃出席来临周末(25日),晚上7时在民政党总部举办的56周年党庆晚宴,壮大党的声势及促进党员间交流,为来届大选重振旗鼓。

baca lagi
印度庙土地易主被迫搬迁 州政府提供土地 等庙方接受

印度庙土地易主被迫搬迁 州政府提供土地 等庙方接受

(居林19日讯)建在油棕园内的印度庙在土地易主后,面对搬迁问题,引发地方上印裔社群的不满;吉打州印裔事务委员会主席黄佳祯强调,吉打州政府没有拆除该庙的意愿,反而提供一片0.709英亩土地,作为该庙搬迁用途,目前等候庙方的接受。

baca lagi