Berita Gerakan

PN dakwa tiada perubahan dilakukan kerajaan PH Pulau Pinang sejak 15 tahun lalu

Apr 29, 2023

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) mendakwa tidak ada perubahan yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) negeri itu selepas 15 tahun mentadbir negeri itu.

Presiden GERAKAN, Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai, mendakwa sepanjang tempoh itu kerajaan negeri Pulau Pinang hanya membuat janji kosong.

Contohnya, beliau berkata, rancangan dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang yang dicadangkan oleh PH masih dalam perancangan dan belum bermula lagi.

“Projek Terowong Dasar Laut yang dipromosikan oleh kerajaan Pulau Pinang sebelum ini pun bertukar menjadi kes rasuah. Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang yang pertama didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah.” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar juga berdepan kes pengambilan pekerja asing dikatakan bernilai hampir RM100 juta.

Katanya, pegawai kerajaan negeri Pulau Pinang juga disifat semakin angkuh dengan memberi contoh dalam isu perkampungan pekerja asing apabila penduduk mengadu mengenai isu pekerja asing yang menimbulkan banyak kekacauan, seperti masalah lalu lintas dan keselamatan.

Dominic mempersoalkan isu tekanan air rendah di kawasan Seberang Perai Selatan yang sudah berlarutan sejak 3 tahun lalu.

“Pada jam 2 pagi hingga 4 pagi, penduduk terpaksa bangun untuk mengisi air. Walaupun penduduk telah membuat aduan berkali-kali, tetapi Kerajaan negeri Pulau Pinang masih tidak dapat menyelesaikan masalah itu. Kini kapasiti efektif dua empangan Pulau Pinang telah menyusut kepada hampir separuh.

“Pada 1 Januari lalu, kadar efektif Empangan Air Itam merekodkan 82.5 peratus namun ketika ini ia menyusut kepada 49.5 peratus; Situasi sama turut dialami di Empangan Teluk Bahang yang merekodkan kapasiti 64 peratus awal tahun lalu kepada 50.7 peratus,” katanya.

Beliau berkata, jika musim kemarau berlanjutan, Pulau Pinang mungkin akan menghadapi masalah kekurangan air.

“Walaupun kerajaan negeri Pulau Pinang sentiasa mempromosikan Agenda Hijau Pulau Pinang, tetapi alam sekitar di Pulau Pinang semakin merosot sejak 15 tahun lalu.

“Dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini, terdapat banyak isu tanah runtuh yang serius berlaku di negeri ini. Ini merangkumi Bukit Kukus, Tanjung Bungah, tapak pembinaan di Tanjung Bungah,” katanya.

Beliau mendakwa kerajaan negeri Pulau Pinang juga tidak merancang pembangunan negeri Pulau Pinang dengan betul sejak 15 tahun lalu. Ini telah membawa ketidakseimbangan yang serius dalam pembangunan Pulau Pinang selatan (PSI) dan Seberang Perai.

“Banyak kontroversi mengenai kelulusan Projek PSI. Ini juga menunjukkan kerajaan negeri bertekad menjalankan projek ini tanpa mengira tentangan daripada organisasi alam sekitar dan rakyat negerinya,” katanya.

Menjawab kenyataan oleh Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P. Ramasamy yang tidak percaya ramalan bahawa Perikatan Nasional boleh merampas Kerajaan negeri Pulau Pinang dengan undi Melayu pada PRN yang akan datang, Lau berkata PN tidak akan bergantung kepada undi kaum tertentu untuk memenangi hati rakyat Pulau Pinang.

Ramasamy mendakwa analisis PN itu tidak mengira pencapaian pencapaian Kerajaan negeri Pulau Pinang (PH).

Sambil mempersoalkan pencapaian yang disebut Ramasamy, Lau menegaskan, PN akan cuba sedaya upaya untuk meraih sokongan rakyat daripada semua kaum pada pilihan raya negeri nanti.

强硬执行国文教数理政策 方志伟轰教育部开倒车

强硬执行国文教数理政策 方志伟轰教育部开倒车

(槟城30日讯)民政党总财政方志伟炮轰团结政府教育政策开倒车,不顾家长与社会的反对,更不惜牺牲学生的前途,一意孤行落实国文教数理政策!

他说,团结政府强硬执行国文教数理政策,肯定将影响学生的出路,并削弱大马年轻一代的竞争力。

baca lagi
电子发票小商贩冲击大

电子发票小商贩冲击大

百货通膨,经济不景,电子发票(e-Invoice)制度一旦仓促全面落实,无疑是雪上加霜,不仅加重小贩及商家们的负担,对于年迈及生意不佳的小贩更是带来严重的冲击, 政府是要他们“提前结业”吗?

baca lagi