Berita Gerakan

PN Kemuka Tawaran Baharu Buat Rakyat Melaka

Okt 21, 2021

21 OKT: Perikatan Nasional (PN) akan mengemukakan tawaran baharu kepada rakyat Melaka untuk negeri berkenaan menjadi lebih maju tanpa meninggalkan sesiapa pun terpinggir daripada kemakmuran.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, prinsip yang digunakan PN juga tidak membenarkannya berkompromi dengan sebarang bentuk rasuah, salah guna kuasa dan pecah amanah.

Muhyiddin berkata, kesempatan menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka perlu dimaanfaatkan oleh rakyat Melaka untuk memilih kerajaan yang lebih baik dan diyakini membela rakyat.

“Kita hendak membina kerajaan yang bersih, kita sanggup membela setiap rakyat, tidak kira anda Melayu, Cina, India, Portugis, Orang Asal, kita akan berusaha untuk anda,” katanya ketika berucap pada majlis Minum Petang Bersama Masyarakat di Dewan Serbaguna Taman Maju, Jasin, Melaka hari ini.

Hadir sama, Presiden Gerakan yang juga Timbalan Pengerusi PN, Datuk Dominic Lau, Pengerusi PN Melaka yang juga
Naib Presiden Bersatu, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen; Ketua Wanita PN, Datuk Seri Rina Mod. Harun; dan Pengerusi Gerakan Melaka, Datuk Seri Michael Gan Peng Lam.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata PN sentiasa menekankan teras terhadap nilai-nilai agama, akhlak murni dan budi bangsa agar masyarakat sentiasa saling hormat-menghormati.

“Inilah tawaran baharu untuk Melaka, kita akan memberikan yang terbaik, ada masa depan yang lebih baik jika PN diberi kuasa mentadbir Melaka,” katanya.

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi