Berita Gerakan

PN Pertaruh Calon Muda, Profesional Di PRN Melaka

Okt 30, 2021

30 OKT: Perikatan Nasional (PN) akan mengemukakan calon yang sebahagian besarnya muda, profesional dan berwibawa untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, bulan depan.

Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), PAS dan Gerakan itu juga terdiri daripada lelaki dan wanita pelbagai kaum.

Menurutnya, mereka akan diberikan peluang melalui pembahagian kerusi yang disepakati bersama berdasarkan konsep saling hormat-menghormati dan bekerjasama demi kemakmuran bersama.

“Parti komponen PN sudah selesai berunding dan ia akan dimuktamadkan untuk diumumkan beberapa hari lagi.

“Soal sama ada tiga penjuru atau empat penjuru itu soal lain dan kita akan memastikan calon kita diterima oleh pengundi,” katanya ketika sidang media selepas menghadiri program Minum Petang Profesional Melaka Bersama-sama Muhyiddin, hari ini.

Hadir sama Presiden Gerakan Datuk Dominic Lau Hoe Chai yang juga Timbalan Pengerusi PN dan Pengerusi PN Melaka Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.

Beliau berkata, calon di 28 kerusi itu diyakini mampu memberikan keyakinan kepada pengundi untuk diberi peluang berkhidmat kepada rakyat pelbagai agama dan bangsa.

Ditanya mengenai kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man supaya parti itu menggunakan logonya sendiri, Muhyiddin berkata, ia adalah pandangan peribadi beliau tetapi PN sudah mencapai keputusan konkrit untuk menggunakan logo tunggal PN bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.

“Dalam PN kita sudah sepakat parti komponen akan gunakan satu simbol sahaja iaitu logo PN.

“Kita bagi pandangan untuk gunakan logo tunggal atas dasar kepentingan bersama,” katanya.

Mengenai keputusan yang bakal diambil PAS berhubung kerjasama parti itu dengan UMNO, Muhyiddin menegaskan PN berharap PAS akan membuat keputusan secara bijaksana.

“Saya serahkan kepada PAS kerana kita sudah bincang panjang lebar dan saya harap mereka boleh memikirkannya semasak-masaknya,” katanya.

Diminta mengulas foto beliau memegang wang RM5 ketika menyerahkan barangan makanan kepada seorang penunggang motosikal pada program Gerai Prihatin anjuran PN di Klebang hari ini, beliau berkata, pihak yang tularkan gambar itu sudah kehabisan modal politik.

“Takkanlah saya sebodoh itu hendak bagi rasuah kepada orang…saya sudah agak memang akan ada pihak tertentu mainkan gambar itu kononnya saya bagi rasuah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak supaya tidak terjebak dalam permainan politik kotor seumpama itu.

强硬执行国文教数理政策 方志伟轰教育部开倒车

强硬执行国文教数理政策 方志伟轰教育部开倒车

(槟城30日讯)民政党总财政方志伟炮轰团结政府教育政策开倒车,不顾家长与社会的反对,更不惜牺牲学生的前途,一意孤行落实国文教数理政策!

他说,团结政府强硬执行国文教数理政策,肯定将影响学生的出路,并削弱大马年轻一代的竞争力。

baca lagi
电子发票小商贩冲击大

电子发票小商贩冲击大

百货通膨,经济不景,电子发票(e-Invoice)制度一旦仓促全面落实,无疑是雪上加霜,不仅加重小贩及商家们的负担,对于年迈及生意不佳的小贩更是带来严重的冲击, 政府是要他们“提前结业”吗?

baca lagi