Slide SERTAI KAMI SUMBANGAN SERTAI KAMI SUMBANGAN

Berita Gerakan

POLITIK Gerakan Bersama PN Gempur DAP

Jul 9, 2020

9 JULAI: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang sehaluan dengannya dalam menentang DAP.

Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, atas sebab itu, partinya menyatakan pendirian sama seperti UMNO dan PAS dalam memberi sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Menurut beliau, tindakan itu dilakukan selaras dengan perjuangan parti yang memberi keutamaan kepada rakyat di negara ini.

“Parti Gerakan sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang sehaluan dan mendukung ideologi politik yang sama dengan kami.

“Kita mungkin berbeza parti dan fahaman, tetapi saya percaya kita mempunyai lawan politik yang sama, iaitu DAP.

Gerakan dalam misi raih undi bukan Melayu

Gerakan dalam misi raih undi bukan Melayu

Gerakan, yang kini menjadi komponen Perikatan Nasional, sedang dalam misi memenangi hati dan minda pengundi bukan Melayu, kata presidennya Dominic Lau. Parti itu juga tidak melupakan Pulau Pinang, yang dianggap sebagai negeri terpenting dalam pilihan raya umum akan...

baca lagi