Berita Gerakan

Pondok bas ‘ghaib’ selepas projek perumahan siap [METROTV]

Ogo 10, 2022

Georgetown: Segelintir penduduk yang bergantung kepada pengangkutan awam di Lebuh Sungai Pinang 1 di sini, membangkitkan isu kehilangan sebuah pondok menunggu bas di kawasan berkenaan sejak awal tahun ini.

Jurucakap Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Pinang Mok Kok On berkata, berikutan itu, penduduk terbabit terpaksa berjalan sejauh kira-kira 500 meter berbanding 200 meter sebelum ini.

“Baru-baru ini, kami terima aduan termasuk daripada beberapa warga emas yang berdepan kesulitan kerana terpaksa berjalan lebih jauh dan mereka pula hanya bergantung kepada bas untuk ke hospital atau pusat bandar.

“Kami mendapat maklumat bahawa pondok bas tersebut tiada lagi di tempat asalnya iaitu berhadapan projek perumahan bertingkat yang baru disiapkan awal tahun ini,” katanya kepada media hari ini.

Beliau meminta, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diminta menyiasat perkara itu dan dikhuatiri pihak pemaju perumahan terlepas pandang berhubung ketiadaan kemudahan awam tersebut yang mungkin tidak sengaja dirobohkan ketika kerja-kerja pembinaan bangunan berkenaan dijalankan.

“Perkara ini mungkin nampak remeh namun ia melibatkan kepentingan orang ramai dan jika kita buat carian di aplikasi peta Google Maps, memang sepatutnya ada pondok bas di situ,” katanya.

不降油价 反削减补贴 希盟违诺失信于民

不降油价 反削减补贴 希盟违诺失信于民

(槟城18日讯)民政党全国署理主席胡栋强抨击首相安华,于2022年大选时高喊上台即降油价,如今人民苦等了1年半,却等不到安华兑现承诺降低油价,反而却等来了政府削减汽油补贴,让油价上涨,希盟失信于人民,安华亏欠人民一个道歉!

baca lagi