Siaran Akhbar

Presiden berbahas tentang Rang Undang Undang Perbekalan Tambahan 2023

Apr 1, 2024

Dalam persidangan Dewan Negara hari ini, Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia, YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau berbahas tentang Rang Undang Undang Perbekalan Tambahan (2023).

Jumlah perbekalan tambahan kali mencecah sebanyak RM23.47 bilion; jumlah yang agak besar, secukupnya untuk membiayai dua kementerian setahun. Dr Dominic bertanya, adakah ini merupakan isyarat bahawa kerajaan tidak dapat membuat anggaran secara tepat dan betul, Perdana Menteri perlu menilai semula jumlah peruntukan yang hendak dibelanjakan dalam Belanjawan 2025 yang akan datang supaya tidak ada keperluan yang mendesak. Ini bukan sahaja menambah beban kerja untuk penjawat awam kita, tetapi juga mengambil masa persidangan Parlimen yang boleh digunakan dalam membentang dasar negara.

Beliau juga menyentuh kepada nilai ringgit yang makin merosot. Kini, kadar pertukaran USD-MYR adalah sekitar 4.7, berbanding 4.1 pada 4 Jan 2020. Indikator ini adalah bertentangan dengan dakwaan Menteri Ekonomi bahawa Malaysia berada di landasan yang betul mencapai negara berpendapatan tinggi menjelang 2028. Suasana kebimbangan di semua lapisan masyarakat akibat kos sara hidup yang tinggi, serta peningkatan kadar kemiskinan bandar mutlak daripada 3.8% pada 2019 ke 4.5% pada 2022 telah menunjukkan bahawa kita jauh lebih daripada landasan ekonomi yang stabil.

Walaupun nilai ringgit ini bukan perkara domestik semata-matanya, dan ia perlu dihitung dengan persekitaran yang semakin mencabar. Akan tetapi, kejatuhan nilai ringgit ini memberi impak langsung kepada rakyat. Kebergantungan import menekankan setiap lapisan perdagangan meningkatkan harga barangan. Yang ini hanya satu contoh.

Harapan beliau, seperti yang Menteri Kewangan Kedua menjangkakan yang nilai ringgit akan mencapai RM4.50 berbanding dolar Amerika sebelum hujung tahun 2024. Baik kita fokuskan yang terbaik.

Keadaan kos sara hidup tinggi bakal diringankan kalau kerajaan kurangkan sikap degilnya dalam keengganan mereka dalam menilai semula sistem cukai GST, tetapi sebaliknya mengekalkan sistem cukai SST dan meningkatkan kadar SST daripada 6% ke 8% tanpa sebarang masa penampan. Ini adalah kejutan besar kepada semua lapisan masyarakat, termasuk rakyat yang miskin, hingga kepada pelabur tempatan dan asing.

Semasa berbincang mengenai RUU Perbekalan Tambahan (2023), Dr Dominic juga mengambil kesempatan untuk meneliti perbelanjaan pengurusam (operating expenditure) yang semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Peningkatan perbelanjaan mengurus daripada RM236.5 bilion pada tahun 2021 ke RM303.8 bilion pada tahun ini telah menunjukkan bahawa cara Kerajaan Madani menguruskan perbelanjaan mengurus negara kita adalah kurang mampan. Kini, kita masih bergantung banyak kepada sumbangan dividen Petronas untuk menampung perbelanjaan mengurus kita. Sumbangan Petronas tahun ini adalah sebanyak RM32 bilion, enough as a stopgap but far from enough to cover our bloating opex.

Sebelum penubuhan Petronas pada zaman 70-an, kerajaan kita boleh menampung perbelanjaan mengurus tanpa bergantung kepada dividen minyak dan gas yang banyak. It is time for us to go back to the basics, and find out what went wrong, dengan izin. Ingat, rizab minyak dan gas kita dijangka habis dalam tempoh sepuluh ke lima belas tahun sahaja. Kalau kita tidak dapat mengurangkan kebergantungan kepada dana O&G secepat mungkin, selepas habiskan rizab O&G, kita mungkin terpaksa meminjam untuk menampung perbelanjaan mengurus, dan kemudian, meminjam untuk menampung hutang, effectively forcing us to a debt trap.

YB Senator
Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai
Presiden Nasional GERAKAN

不切实际更会徒增纷争,民政反对增设非伊事务部长

不切实际更会徒增纷争,民政反对增设非伊事务部长

民政党团结部主任拿督斯里贞德兰批评行动党议员邹宇晖建议拆分宗教事务部长职务,设立“非伊斯兰事务部长”,认为此举不仅无助于国家和谐,反而可能制造更多宗教纷争。他强调,政府应将精力放在解决人民生活成本问题,而非增加行政机构和国家开支。

baca lagi
Reformasi kepada menteri-menteri yang sedia sebelum wujdukan jawatan baru

Reformasi kepada menteri-menteri yang sedia sebelum wujdukan jawatan baru

GERAKAN membantah cadangan pemecahan portfolio Menteri Hal Ehwal Agama, menyatakan ia hanya akan memburukkan perpecahan kaum dan agama tanpa manfaat kepada rakyat. Dato’ Sri Chandara Balabedha menegaskan bahawa kerajaan sepatutnya memberi tumpuan kepada reformasi menteri sedia ada dan isu lebih mendesak seperti kos sara hidup serta krisis bekalan makanan.

baca lagi
Cuci Menteri-Menteri Kabinet pada Hari Cuci Malaysia

Cuci Menteri-Menteri Kabinet pada Hari Cuci Malaysia

Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, menggesa Anwar Ibrahim melakukan pembersihan Kabinet bagi menyingkirkan menteri yang gagal menjalankan tugas. Beliau menamakan beberapa menteri yang harus digugurkan, sambil menegaskan bahawa rakyat semakin hilang keyakinan terhadap kerajaan jika perubahan tidak dilakukan segera.

baca lagi
Madani gagal tangani rasuah kedudukan Malaysia tercorot

Madani gagal tangani rasuah kedudukan Malaysia tercorot

Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, mengecam kerajaan kerana prestasi buruk dalam membanteras rasuah, dengan Malaysia kekal di kedudukan ke-57 dalam Indeks Persepsi Rasuah global. Beliau mendesak SPRM dan institusi kehakiman diberi kuasa penuh untuk bertindak tanpa campur tangan politik, serta menuntut tindakan tegas terhadap semua kes rasuah tanpa pilih kasih..

baca lagi
连续2年排57 政府打贪不力

连续2年排57 政府打贪不力

民政党全国主席拿督刘华才狠批团结政府打贪力度不足,导致我国在全球贪污印象指数排名停滞不前。他要求政府及反贪会采取更有力行动,彻查所有贪腐案件,并质疑首相安华为何迟迟未对涉及滥权的幕后指使者采取行动,强调打贪不能只是口号,而必须有实际成效。

baca lagi