Berita Gerakan

PRK Kimanis ukuran prestasi rakyat kepada PH – Presiden Gerakan

Jan 20, 2020

KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis bukanlah pertandingan semata-mata tetapi ukuran prestasi pentadbiran kerajaan baharu yang semakin buruk.

Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr. Dominic Lau menegaskan, ia juga merupakan petanda bahawa kerajaan baharu perlu sedia dengan kekalahan yang lebih besar pada hari mendatang.

“PRK Kimanis mencatatkan sejarah kekalahan kelima buat kerajaan baharu sejak mentadbir negara. Keputusan itu memberi gambaran betapa rakyat menolak kerajaan baharu.

“Malah dakwaan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa rakyat tidak merasai lagi pembaharuan dan jasa kerajaan baharu adalah alasan yang tidak relevan.

“Hakikatnya penolakan itu membuktikan bahawa kerajaan baharu ini bakal tumbang menjelang PRU akan datang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin.

Dr Mahathir sebelum ini menganggap kekalahan Warisan pada PRK Kimanis mungkin disebabkan pengundi di kawasan itu belum merasai kebaikan pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Beliau bagaimanapun yakin lambat laun rakyat di negeri itu umumnya, akan memahami dan merasai bahawa pemerintahan kerajaan hari ini adalah lebih baik berbanding kerajaan terdahulu.

Sementara Guan Eng pula berkata, prestasi PH tidak boleh dinilai berdasarkan keputusan pada PRK sahaja, tetapi ia perlu dilihat dalam skop lebih besar.

Jelasnya, kemenangan besar PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) perlu diambil kira kerana ia menggambarkan suara rakyat secara keseluruhan.

Dalam pada itu kata Dominic, Gerakan percaya kekalahan itu berpunca dari pelbagai faktor antaranya seperti isu Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), tol dan harga barang.

“Maka dengan itu, kerajaan baru perlu berhenti menabur pelbagai gula-gula seperti pengurangan tol 18 peratus, e-tunai dan sebagainya kerana rakyat tidak mendambakan pemberian sedemikian rupa.

“Sebaliknya rakyat menuntut kerajaan baharu menunaikan janji mereka pada PRU lalu untuk mengurangkan pelbagai masalah dan dilema rakyat seperti kos sara hidup, pendidikan percuma dan sebagainya,” jelasnya.

Pada Sabtu, Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Parlimen Kimanis menerusi kemenangan calonnya, Datuk Mohamad Alamin dengan majoriti 2,029 undi.

Mohamad menewaskan calon Warisan, Datuk Karim Bujang yang mendapat 10,677 undi dalam persaingan satu lawan satu itu.

兴都庙搬迁风波解决 庙方 9月迁新址

兴都庙搬迁风波解决 庙方 9月迁新址

(居林27日讯)油棕园内兴都庙搬迁风波,经吉打州印裔事务委员会主席黄佳祯与各涉及单位多次协商后,终取得圆满解决方案,兴都庙将在今年9月搬迁至吉打州政府建议的新地段。

baca lagi
吉打兑现承诺 首批7.5万拨8所华小

吉打兑现承诺 首批7.5万拨8所华小

(亞羅士打26日訊)吉打州政府兌現承諾,今日移交7萬5000令吉給首批受惠的8間華校,大臣拿督斯里莫哈末沙努西在主持移交儀式上也允諾,州政府給予華校的撥款,將會隨著州政府的稅收增加,撥款也將隨之增多。

受惠學校有吉北的文德華小、農村華小;吉中的平民華小、新民華中;吉南的益智華小、老火較華小、中正華小及西嶺華小。除了益智華小獲5000令吉,其他7校各獲1萬令吉。

baca lagi