Berita Gerakan

PRN Johor: Gerakan bakal bertanding lebih dua kerusi DUN

Feb 18, 2022

PONTIAN – Gerakan akan bertanding lebih dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bulan depan, kata Presidennya Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai.

Beliau berkata bagaimanapun, bilangan sebenar kerusi yang bakal ditandingi parti itu akan diumumkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 23 Feb ini.

“Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Gerakan bertanding (di Johor) satu Parlimen dan dua DUN, kali ini memang kita akan bertanding lebih daripada dua DUN,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Resepsi Tahun Baharu Cina PN di sini malam tadi, yang turut dihadiri Muhyiddin dan Ketua Penerangan PN Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mengulas lanjut, Lau berkata keputusan jumlah kerusi ditandingi diserahkan sepenuhnya kepada pimpinan PN dan fokus Gerakan ketika ini adalah untuk memastikan kemenangan parti gabungan itu pada PRN Johor.

Pada PRU14, Gerakan yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) di kerusi DUN Pemanis dan Bukit Batu, kalah di kedua-dua kerusi.

Gerakan kemudiannya mengumumkan keluar daripada BN pada 23 Jun 2018.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan penamaan calon pada 26 Feb, pengundian awal pada 8 Mac dan 12 Mac sebagai hari pengundian. – BERNAMA

强硬执行国文教数理政策 方志伟轰教育部开倒车

强硬执行国文教数理政策 方志伟轰教育部开倒车

(槟城30日讯)民政党总财政方志伟炮轰团结政府教育政策开倒车,不顾家长与社会的反对,更不惜牺牲学生的前途,一意孤行落实国文教数理政策!

他说,团结政府强硬执行国文教数理政策,肯定将影响学生的出路,并削弱大马年轻一代的竞争力。

baca lagi
电子发票小商贩冲击大

电子发票小商贩冲击大

百货通膨,经济不景,电子发票(e-Invoice)制度一旦仓促全面落实,无疑是雪上加霜,不仅加重小贩及商家们的负担,对于年迈及生意不佳的小贩更是带来严重的冲击, 政府是要他们“提前结业”吗?

baca lagi