Berita Gerakan

PRN Melaka: Gerakan opitimis sapu bersih semua kerusi ditandingi

Nov 16, 2021

MELAKA – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) optimis dapat menyapu bersih semua kerusi yang ditandinginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menerusi Perikatan Nasional (PN) pada 20 November ini.

Bagaimanapun, pada tahap ini ia perlu diusahakan dengan bersungguh-sungguh selain bekerja keras dan jentera parti perlu memainkan peranan sebaik mungkin tanpa alpa, kata Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai.

Menurut Dominic, sebagai presiden beliau perlu meletakkan keyakinan itu namun ia harus mendapat sokongan daripada pengundi-pengundi di Melaka.

“Memang sebagai Presiden Parti Gerakan saya ada confidence (keyakinan) boleh menang. Tetapi seperti yang katakan pada tahap ini semua kita mesti bertungkus lumus untuk dapatkan sokongan daripada pengundi, ini adalah penting daripada kita hanya memikirkan menang dan kalah.

“Marilah kita berusaha untuk menjaga rakyat dan menyampaikan mesej positif, yang betul dan benar kepada rakyat dan saya berharap pengundi Melaka boleh sokong Perikatan Nasional,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sesi walkabout di Bandar Hilir, di sini, bersama Pengarah Pilihan Raya (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan calon PN Bandar Hilir, Clarice Chan Ming Wang.

Dalam pada itu Dominic berkata, agak sukar untuk berkempen dalam norma baharu tetapi menerusi media sosial kempen-kempen dilakukan secara agresif termasuk mengadakan debat dengan parti lawan secara sihat.

“Ini yang saya katakan kempen yang bersih perlu kita beri galakan untuk diteruskan,” tambahnya.

Gerakan mempertaruhkan lima calon pada PRN Melaka iaitu B. Dhanesh yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, Michael Gan Peng Lam (Ayer Keroh); Clarice Chan Ming Wang (Bandar Hilir), Fong Khai Ling (Kota Laksamana) dan Patrick Ng Chin Kae (Kesidang). – MalaysiaGazette

强硬执行国文教数理政策 方志伟轰教育部开倒车

强硬执行国文教数理政策 方志伟轰教育部开倒车

(槟城30日讯)民政党总财政方志伟炮轰团结政府教育政策开倒车,不顾家长与社会的反对,更不惜牺牲学生的前途,一意孤行落实国文教数理政策!

他说,团结政府强硬执行国文教数理政策,肯定将影响学生的出路,并削弱大马年轻一代的竞争力。

baca lagi
电子发票小商贩冲击大

电子发票小商贩冲击大

百货通膨,经济不景,电子发票(e-Invoice)制度一旦仓促全面落实,无疑是雪上加霜,不仅加重小贩及商家们的负担,对于年迈及生意不佳的小贩更是带来严重的冲击, 政府是要他们“提前结业”吗?

baca lagi