Berita Gerakan

PRN Melaka: Lima calon Gerakan tandatangan SD

Nov 7, 2021

MELAKA, 7 Nov  — Lima calon Perikatan Nasional (PN) daripada parti Gerakan yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 Nov ini sudah menandatangani Akuan Bersumpah (SD), kata Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai.

Beliau berkata calon berkenaan ialah B. Dhanesh yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, Michael Gan Peng Lam (Ayer Keroh); Clarice Chan Ming Wang (Banda Hilir), Fong Khai Ling (Kota Laksamana) dan Patrick Ng Chin Kae (Kesidang).

Katanya langkah Gerakan meminta bakal calonnya menandatangani akuan bersumpah itu ialah untuk memastikan lima calonnya itu kekal dengan parti selepas memenangi kerusi yang ditandingi.

“Oleh itu parti Gerakan mengambil tindakan untuk meninggikan kepercayaan dan keyakinan rakyat terutamanya pengundi-pengundi di kawasan yang ditandingi Gerakan,” katanya dalam sidang media secara hibrid di Kuala Lumpur hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 Nov, manakala penamaan calon pada 8 Nov dan undi awal pada 16 Nov, ekoran pembubaran DUN Melaka pada 4 Okt lepas susulan empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Mereka ialah Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).

— BERNAMA

不降油价 反削减补贴 希盟违诺失信于民

不降油价 反削减补贴 希盟违诺失信于民

(槟城18日讯)民政党全国署理主席胡栋强抨击首相安华,于2022年大选时高喊上台即降油价,如今人民苦等了1年半,却等不到安华兑现承诺降低油价,反而却等来了政府削减汽油补贴,让油价上涨,希盟失信于人民,安华亏欠人民一个道歉!

baca lagi