Berita Gerakan

PRU15: Gerakan hasrat letak jumlah calon lebih ramai

Apr 17, 2021

KUALA LUMPUR, 17 April  — Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menyuarakan hasrat meletak jumlah calon lebih ramai untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berbanding ketika menjadi parti komponen Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Presidennya Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata hasrat itu bersesuaian dengan peranan parti berkenaan yang mewakili suara bukan bumiputera di bawah Perikatan Nasional (PN).

“Kalau kita anggap PN bertanding untuk 222 kerusi, jadi memanglah Gerakan mahu bertanding lebih kerusi daripada semasa dalam BN sebab peranan yang kita mainkan untuk kerusi majoriti bagi bukan Islam, bukan bumiputera.

“Bagaimanapun, kita tak boleh lupa bahawa dalam PN ada sayap bersekutu yang mengandungi parti bukan Melayu,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Gerakan di sini hari ini.

Pada PRU14 lepas, Gerakan tewas di kesemua 22 kawasan Parlimen dan 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandinginya di bawah logo BN. Susulan itu parti berkenaan mengumumkan keluar daripada BN pada 23 Jun 2018 .

Pada 11 Feb lepas, parti tersebut secara rasmi diterima menganggotai gabungan PN.

Sementara itu, Lau berkata semua pimpinan parti negeri diarah untuk mewujudkan ‘war room’ bagi persiapan menghadapi PRU15 yang dijangka diadakan setelah situasi pandemik COVID-19 di negara ini reda.

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi