Slide SERTAI KAMI SUMBANGAN SERTAI KAMI SUMBANGAN

Berita Gerakan

Radzi, tiga Ahli Dewan Negara angkat sumpah

Jul 19, 2021

KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Empat Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim pada Isnin.

Mereka ialah Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin, Datuk John Ambrose, Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee dan Datuk Bobbey Ah Fang Suan.

Ahli Dewan Negara lantikan semula penggal kedua oleh Yang di-Pertuan Agong ialah Radzi yang berkuat kuasa mulai 17 Julai lepas hingga 16 Julai 2024, John Ambrose (mulai 16 Januari lepas hingga 15 Januari 2024) dan Eng Tee @ Kok Chee (Isnin hingga 18 Julai 2024).

Sementara Bobbey adalah lantikan kali pertama pilihan Dewan Undangan Negeri Sabah berkuat kuasa mulai 5 Januari lepas hingga 4 Januari 2024.

Keempat-empat mereka mengangkat sumpah sebagai senator pada majlis yang berlangsung di Dewan Negara, Blok Utama Parlimen di sini.

Rais ketika berucap mengalu-alukan pelantikan empat Ahli Dewan Negara itu mengingatkan mereka supaya melaksanakan segala amanah yang diberikan dengan cemerlang.

“Sumpah yang dilafazkan yang berhormat senator sekalian, harus dijunjung dan didaulatkan dengan segala upaya agar Perlembangaan Persekutuan dan sistem legistatif dapat berfungsi dengan baik.

“Renungkan hal-hal di persekitaran kita dan tanya diri kita bagaimana untuk menjadi senator, wakil rakyat, menteri dan timbalan menteri yang cemerlang untuk rakyat,” katanya.

Gerakan dalam misi raih undi bukan Melayu

Gerakan dalam misi raih undi bukan Melayu

Gerakan, yang kini menjadi komponen Perikatan Nasional, sedang dalam misi memenangi hati dan minda pengundi bukan Melayu, kata presidennya Dominic Lau. Parti itu juga tidak melupakan Pulau Pinang, yang dianggap sebagai negeri terpenting dalam pilihan raya umum akan...

baca lagi