Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

Rangka pelan pematuhan komprehensif untuk sesi pembukaan sekolah

Jun 25, 2020

Kuala Lumpur, 29 Jun – Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai mencadangkan agar kerajaan mengkaji semula hasrat Kementerian Pendidikan untuk membuka semula sesi persekolahan kepada semua pelajar dalam tempoh terdekat. Malah perlu merangka pelan pematuhan yang komprehensif untuk semua pelajar dan guru untuk dipatuhi sepanjang aktiviti persekolahan.

“Kerajaan perlu mengambil kira keberkesanan pematuhan SOP yang dijalani sebahagian pelajar baru-baru ini untuk dijadikan rujukan dan panduan untuk pelaksanaan pembukaan sekolah semua sesi pada masa akan datang.”

“Banyak perkara perlu dipertimbangkan kepada pelajar-pelajar dan guru-guru sekolah. Antaranya aktiviti dan kegiatan pelajar di dalam dan di luar kelas. Semua aspek pencegahan termasuk penjarakan sosial, penggunaan hand sanitizer dan topeng muka perlu dipergiatkan untuk mengelakkan mereka daripada dijangkiti.”

Beliau berkata demikian dalam kenyataanya hari ini.

Pelan pematuhan tersebut perlu merangkumi tahap kawalan dan pencegahan semua pelajar bawah 12 tahun menjalani sesi persekolahan dengan pengamalan norma baharu yang berkesan.

Oleh itu, pembukaan semula sekolah dalam kalangan pelajar bawah 12 tahun itu perlu penyusunan pelan yang bersepadu supaya mereka dapat meneruskan pengajian seperti biasa dan dilindungi dari jangkitan wabak terbabit”

Biarpun cadangan itu dilihat rumit untuk dipraktikkan, namun kerajaan harus mempertimbangkannya jika kementerian berhasrat untuk berbuat demikian setelah membenarkan sesi persekolahan untuk pelajar peperiksaan awam dan pengoperasian semula tadika, taska dan pra-sekolah yang dijadualkan untuk dibuka dua hari lagi.

师生安全为考量 续线上教学 关中10月不开课

师生安全为考量 续线上教学 关中10月不开课

(关丹7日讯)关丹中华中学不会同步于10月3日上实体课。 关丹中华中学校长蔡若峰表示,尽管教育部已宣布10月3日开学,但校方在考量到师生的安全,和过去的网课出席率高达90%、线上考试顺利等因素后,决定不同步上实体课,继续以线上教学方式授课。 “关中有条件不仓促上实体课。” 他是今日出席民政党彭亨州团队移交捐款和援助品给关中清贫学生的移交仪式后受访时,这么指出。 大部分学生未接种 蔡氏说,关中全体60名教职员已经完成接种两剂冠病疫苗,但是,碍于大部分学生还没有接种疫苗,仍有感染和传播的风险,因此,他们决定展延开学。...

baca lagi