Siaran Akhbar

Rohingya- Malaysia tidak berkompromi dengan kedaulatan negara

Apr 25, 2020

Berhubung dengan isu pelarian Rohingya, Gerakan faham bahawa kemanusiaan itu amat penting, adalah wajib sebagai sebuah negara kita perlu menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Jika mengambil data dari UNHCR, sebuah agensi antarabangsa yang menjaga hal ehwal pelarian, jumlah pelarian dari komuniti Rohingya yang berada di Malaysia telah mencecah lebih 101,010 orang. Jumlah ini bukan kecil, dan tiada sebarang langkah yang jelas dapat dinyatakan oleh mana-mana pihak tentang proses penempatan semula mereka ke negara ketiga ataupun menghantar balik mereka ke negara asal.

Isu Rohingya ini adalah agak sensitif. Segelintir pemimpin politik menyalah-gunakan perkara ini untuk survival politik mereka. Ada pulak yang terangkut-angkut dengan sentimen tertentu. Ada juga yang menekankan kerajaan untuk menunduk kepada gesaan luar menerima masuk pelarian Rohingya tanpa sebarang jalan penyelesaian.

Gerakan berharap kita tidak akan berkompromi dengan kedaulatan negara. Ini bukan bermaksud kita perlu mengabaikan mereka yang memerlukan bantuan, umum diketahui orang Malaysia sedia menolong mereka yang memerlukan bantuan.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia berpendapat kerajaan perlu meneliti secara mendalam impak isu ini, adakah kita berkompromi dengan undang-undang negara, isu sosial ekonomi yang bakal dihadapi jika membenarkan mereka tinggal di sini, bagaimana kita boleh membantu mereka tanpa menerima masuk dan bagaimana agensi-agensi antarabangsa boleh membantu Malaysia menyelesaikan isu pelarian ini? Agak sedih bila pemimpin pembangkang turut serta mempolitikkan isu ini. Negara menghadapi wabak pendemik yang dahsyat, janganlah berpolitik kurang matang sekarang.

Gerakan percaya kerajaan tidak akan bertindak melulu, memelihara peruntukan undang-undang negara, membantu pelarian atas asas kemanusiaan dan yang penting tidak tunduk kepada desakan luar yang bertindak mempertikaikan keluhuran kedaulatan negara.