Berita Gerakan

Rukun Negara rahmat kepada rakyat Malaysia

Jul 20, 2020

KUALA LUMPUR, 20 Julai — Rukun Negara harus dinobatkan sebagai simbol ketahanan nasional dan perlu dijadikan instrumen perpaduan, agar masyarakat menyedari, menerima serta memahami bahawa konsep kepelbagaian kaum, agama serta budaya di negara ini, adalah satu rahmat yang perlu dimanfaat bersama.

Ketua Biro Perpaduan Nasional Parti Gerakan, H. Puvaniten berkata dalam usia Rukun Negara memasuki separuh abad, generasi hari ini perlu difahamkan mengenai maksud Rukun Negara iaitu satu titik pertemuan dan kebersamaan perlu dicari, manakala segala perbezaan pula dirai.

Katanya, ‘Perpaduan dan ketatasusilaan’ adalah kata-kata keramat menjadi keutamaan yang tidak boleh diambil mudah. Rukun Negara yang dilancarkan selepas negara mengalami peristiwa 13 Mei 1969.

“Kini, Rukun Negara bagai diabaikan. Kebelakangan ini kenyataan demi kenyataan dan keluhan berbaur perkauman yang sensitif semakin berani dicetuskan. Falsafah, prinsip dan keperluan kepada Rukun Negara semakin diketepikan. Apakah media sosial penyebabnya?,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Puvaniten berkata sekiranya lima prinsip falsafah negara berkenaan diteliti dan dihayati sepenuhnya oleh seluruh rakyat  tanpa mengira kaum, sudah tentu menghasilkan masyarakat yang bersatu dan mengetepikan perbezaan demi kehidupan harmoni.

Katanya, Rukun Negara juga mampu membentuk generasi yang mempunyai nilai murni tinggi.

“Tidak dinafikan, Malaysia kini gigih dalam menongkah arus globalisasi yang membawa pelbagai cabaran dalam menghadapi rencah kehidupan. Antara cabaran paling besar ialah pudar nilai murni yang menjadi asas kepada pembentukan masyarakat berakhlak.

“Kita impikan kelahiran generasi baharu yang pintar akalnya, sopan tutur bicaranya, bersopan santun dan menghormati sesama manusia,” katanya sambil menekankan bahawa ibu bapa perlu memberikan contoh terbaik kepada anak-anak.

Beliau berkata setiap lapisan masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing supaya nilai mulia yang dimiliki dapat terus mewarnai kehidupan rakyat Malaysia, seterusnya diturunkan kepada generasi akan datang.

Penghayatan Rukun Negara perlu berlandaskan peribahasa ‘alah bisa, tegal biasa’, katanya.

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi