Berita Gerakan

‘RUU Anti Lompat Parti dapat stabilkan politik’

Feb 25, 2022

KUALA LUMPUR: GERAKAN sentiasa konsisten dengan pendirian anti lompat parti dan mahu pembentangan rang undang-undang (RUU) berhubung perkara itu disegerakan bagi memastikan pergolakan politik negara dapat diselesaikan.

Timbalan Presidennya, Oh Tong Keong, berkata keadaan COVID-19 di negara akan pulih jika keadaan politik menjadi stabil dan wakil rakyat menjalankan tanggungjawab mereka membantu rakyat dengan ikhlas.

“Calon yang berjaya mendapat mandat daripada rakyat seharusnya memberi sumbangan kepada pembangunan masyarakat di kawasan masing-masing.

“Bagaimanapun, wakil rakyat yang gemar melompat parti kerana lebih fokus dalam meraih kepentingan peribadi dan melakukan sesuatu yang membelakangi rakyat, akan menyebabkan ketidakstabilan politik di negara kita.

“Pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti akan menstabilkan politik negara kita pada masa depan dan juga dapat memastikan keharmonian serta ketenteraman negara dengan syarat ia dilaksanakan dengan baik,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Justeru, beliau berkata, GERAKAN mengalu-alukan cadangan pembentangan RUU Anti Lompat Parti di Parlimen dan mengharapkan kecelaruan politik negara dapat diselesaikan sepenuhnya.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yakin RUU Anti Lompat Parti yang bakal dibawa ke Dewan Rakyat kelak akan diluluskan berdasarkan maklum balas yang diterima menerusi sesi libat urus diadakan.

Beliau berkata, sesi itu yang diadakan bersama ramai pihak berkepentingan termasuk Ahli Parlimen, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin parti mendapat 7,000 maklum balas untuk dianalisis.

小恩惠糊弄人民 政府无视难阻涨价潮

小恩惠糊弄人民 政府无视难阻涨价潮

(吉隆坡1日讯)民政党主席刘华才博士形容,调低鸡蛋每个3仙和非住宅电费无法刺激国家经济,人民需要的是完整而全面性振兴经济配套,不是购物广场季节性的降价大优惠。

baca lagi