Slide SERTAI KAMI SUMBANGAN SERTAI KAMI SUMBANGAN

Berita Gerakan

Saifudin bertemu pimpinan Pas, Gerakan bincang penubuhan PN Pahang

Mac 7, 2021

KUANTAN: Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri akan mengadakan pertemuan dengan pimpinan Pas Pahang dan Gerakan yang dijadualkan diadakan petang ini bagi membincangkan penubuhan Perikatan Nasional (PN) di negeri ini.

Pengerusi Bersatu negeri, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, sebelum ini, beliau mengadakan perjumpaan tidak rasmi dengan Pesuruhjaya Pas negeri, Rosli Abd. Jabar dan Presiden Gerakan, Dominic Lau.

“Mereka bersedia membincangkan lebih lanjut usaha untuk menubuhkan PN di peringkat negeri Pahang.

“Jadi, petang ini adalah pertemuan (rasmi) kali pertama dan kita harap semuanya berjalan lancar untuk kepentingan semua pihak,” katanya kepada pemberita selepas program Sumbangan Bakul Makanan Kepada Pemandu Bas dan Teksi Secara Pandu Lalu di Terminal Sentral Kuantan di sini hari ini.

Ditanya kemungkinan pertemuan petang ini turut membincangkan pengagihan kerusi untuk PRU-15, Saifuddin berkata, proses pembahagian kerusi ditentukan kemudian oleh pimpinan Pusat semua parti dan fokus utama untuk pertemuan adalah bagi menubuhkan PN Pahang terlebih dahulu.

Dalam pada itu, beliau berkata, Bersatu Pahang menyasarkan sekurang-kurangnya satu kerusi diberikan kepada Srikandi parti itu di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Jelasnya, perkara itu antara fokus utamanya sebagai tanda penghargaan kepada ahli wanita Bersatu yang banyak memainkan peranan penting dalam memastikan gerak kerja parti berjalan lancar.

“Komitmen ini adalah perkara yang saya bawa sebaik sahaja dilantik sebagai Pengerusi Bersatu Pahang.

“Sasaran ini tidak kiralah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ataupun Parlimen, ia sebagai tanda pengiktirafan kita kepada golongan wanita yang memang banyak berjasa kepada kita,” katanya.  -UTUSAN ONLINE

包日星吁保险公司 承担疫苗成本价

包日星吁保险公司 承担疫苗成本价

(槟城22日讯)民政党副主席包日星呼吁保险公司,承担新冠肺炎疫苗的成本价。 他说,私人医院和保险公司应该合作,加速让人民接种新冠肺炎疫苗。 他今日发文告,建议私人医院可按照成本价格提供接种新冠肺炎疫苗的服务,成本可由所有保险公司承担。 他表明支持私人医院的声明,即促请政府强制规定保险公司检讨现有的政策,以承担新冠肺炎患者的治疗成本。 “无论是私人医院或保险公司都必须负上道德责任,协助政府减轻疫苗成本的负担,也让人民尽速接种疫苗,对抗疫情。” 他认为,私人医院是时候设立新冠肺炎单位或部门,并与政府合作,分担抗疫重担。...

baca lagi