Slide SERTAI KAMI SUMBANGAN SERTAI KAMI SUMBANGAN

Berita Gerakan

Saifudin bertemu pimpinan Pas, Gerakan bincang penubuhan PN Pahang

Mac 7, 2021

KUANTAN: Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri akan mengadakan pertemuan dengan pimpinan Pas Pahang dan Gerakan yang dijadualkan diadakan petang ini bagi membincangkan penubuhan Perikatan Nasional (PN) di negeri ini.

Pengerusi Bersatu negeri, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, sebelum ini, beliau mengadakan perjumpaan tidak rasmi dengan Pesuruhjaya Pas negeri, Rosli Abd. Jabar dan Presiden Gerakan, Dominic Lau.

“Mereka bersedia membincangkan lebih lanjut usaha untuk menubuhkan PN di peringkat negeri Pahang.

“Jadi, petang ini adalah pertemuan (rasmi) kali pertama dan kita harap semuanya berjalan lancar untuk kepentingan semua pihak,” katanya kepada pemberita selepas program Sumbangan Bakul Makanan Kepada Pemandu Bas dan Teksi Secara Pandu Lalu di Terminal Sentral Kuantan di sini hari ini.

Ditanya kemungkinan pertemuan petang ini turut membincangkan pengagihan kerusi untuk PRU-15, Saifuddin berkata, proses pembahagian kerusi ditentukan kemudian oleh pimpinan Pusat semua parti dan fokus utama untuk pertemuan adalah bagi menubuhkan PN Pahang terlebih dahulu.

Dalam pada itu, beliau berkata, Bersatu Pahang menyasarkan sekurang-kurangnya satu kerusi diberikan kepada Srikandi parti itu di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Jelasnya, perkara itu antara fokus utamanya sebagai tanda penghargaan kepada ahli wanita Bersatu yang banyak memainkan peranan penting dalam memastikan gerak kerja parti berjalan lancar.

“Komitmen ini adalah perkara yang saya bawa sebaik sahaja dilantik sebagai Pengerusi Bersatu Pahang.

“Sasaran ini tidak kiralah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ataupun Parlimen, ia sebagai tanda pengiktirafan kita kepada golongan wanita yang memang banyak berjasa kepada kita,” katanya.  -UTUSAN ONLINE

Inisiatif #BforB bantu usahawan

Inisiatif #BforB bantu usahawan

PARTI Gerakan Rakyat Malaysia, memperkenalkan inisiatif #BforB bagi mengukuhkan daya tahan perniagaan tempatan dalam menghadapi cabaran ekonomi selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). #BforB adalah platform rundingan perniagaan untuk membina ruang...

baca lagi
Kerajaan perlu bangunkan SOP untuk syarikat teruskan operasi

Kerajaan perlu bangunkan SOP untuk syarikat teruskan operasi

KUALA LUMPUR – Kerajaan disaran supaya membangunkan garis panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) selepas membenarkan syarikat-syarikat meneruskan operasi sepanjang tempoh perlanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai...

baca lagi