Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

Sambutan Ulang Tahun Penubuhan Parti Gerakan Ke-54

Mac 23, 2022

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) akan menyambut Hari Penubuhan Ke-54 yang bertemakan ‘Satu Hati, Gerak Bersama’ di Menara PGRM, Cheras, Kuala Lumpur pada hari Rabu, 24 Mac 2022 (esok).

Menurut Setiausaha Agung Parti GERAKAN, Mak Kah Keong, ulang tahun ini akan disambut secara sederhana tetapi penuh bermakna.

“Ulang tahun Parti GERAKAN tetap diadakan walaupun disambut sederhana tetapi istimewanya tahun ini merupakan tahun kedua GERAKAN berada dibawah komponen Perikatan Nasional (PN).

“Namun, sambutan ini akan dilaksanakan selaras dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada pukul 11.00 pagi, sambutan ulang tahun ini akan dimulakan dengan naikkan bendera dan nyanyian lagu parti ‘Satu Hati’ di tingkat 21, Tower 1 PGRM.

Selepas itu, YB Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, Presiden Nasional GERAKAN, akan merasmikan papan tanda dan sekaligus merasmikan majlis tersebut.

Diharapkan sambutan pada kali ini berjaya memperkukuhkan iltizam ahli-ahli GERAKAN bagi berjuang dengan lebih dinamik dan berstrategi sebagai salah satu komponen PN demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.

GERAKAN juga berharap menyingkap lebih jelas hala tuju parti, iaitu memperkasakan Perikatan Nasional (PN) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

MAK KAH KEONG
Setiausaha Agung Parti GERAKAN

不要让人民痛苦

不要让人民痛苦

根据彭博社报道,大马在过去一个月内,每10万名人当中的病例激增趋势,趋向更糟情况,是全球最高病例的经济体之一.

baca lagi