Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

Sambutan Ulang Tahun Penubuhan Parti Gerakan Rakyat Malaysia Ke-53

Mac 23, 2021

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) akan menyambut Hari Pengumuman Penubuhan Ke-53 yang bertemakan “Satu Hati, Gerak Bersama” di Menara PGRM, Cheras, Kuala Lumpur pada hari Rabu, 24 Mac 2021.  

Menurut Setiausaha Agung Parti GERAKAN, Mak Kah Keong, ulang tahun Parti GERAKAN Ke-53 ini akan disambut secara sederhana tetapi penuh bermakna.

“Ulang tahun Parti GERAKAN tetap diadakan walaupun disambut sederhana tetapi istimewa susulan menjadi salah satu parti komponen Perikatan Nasional (PN).

“Namun, sambutan ini akan dilaksanakan selaras dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada pukul 10am, sambutan ulang tahun ini akan dimulakan dengan nanyian lagu Negaraku dan lagu parti ‘Satu Hati’.

Selepas itu, Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai akan menyampaikan ucapan dan terus merasmikan majlis tersebut.

Diharapkan sambutan pada kali ini berjaya memperkukuhkan iltizam ahli-ahli GERAKAN bagi berjuang dengan lebih dinamik dan berstrategi sebagai salah satu komponen PN demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.

GERAKAN juga berharap menyingkap lebih jelas hala tuju parti, iaitu memperkasakan Perikatan Nasional (PN) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Sedia bantu kerajaan dalam kemajuan pengambilan vaksin

Sedia bantu kerajaan dalam kemajuan pengambilan vaksin

Presiden Nasional GERAKAN Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, beliau telah berbincang kemungkinan untuk membuka stesen pengambilan vaksin dalam satu perbincangan secara maya dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

baca lagi