Siaran Akhbar

Saran kerajaan pertimbang buka kedai gunting rambut

Mei 20, 2020

Kuala Lumpur, 20 Mei- Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai menyarankan kerajaan mempertimbangkan pengoperasian semula kedai gunting rambut di seluruh negera secara berperingkat terutamanya di Zon Hijau sejajar dengan konsep norma baharu yang dipraktikkan dalam negara.

Sejak PKP dilaksanakan, semua kedai gunting rambut tidak dibenarkan beroperasi dan ianya sudah hampir dua bulan. Oleh yang demikian, kerajaan perlu mempertimbangkan pengoperasian semula kedai gunting rambut sama seperti kebenaran pengoperasian semula beberapa industri.

Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai percaya perlaksanaannya secara berperingkat dapat mengurangkan tekanan kewangan pengusaha kedai gunting rambut daripada gulung tikar kerana hilang punca pendapatan. Oleh itu, kerajaan harus menyediakan satu garis panduan untuk dipatuhi oleh semua pengusaha kedai gunting rambut dan kembali beroperasi semula.

“Di samping itu, pengusaha kedai gunting rambut perlu minimunkan pelanggan dengan menggunakan kaedah temu janji untuk mengelakkan berlakunya kesesakan dalam premis pada masa yang sama.”

Beliau berkata demikian dalam kenyataanya hari ini.

“Selain perlu mengamalkan konsep norma baharu dan garis panduan SOP, bentuk kawalan dan pencegahan yang berkesan perlu dipergiatkan ketika pelanggan dalam kedai. Contohnya seperti pengamalan penggunaan hand sanitizer, topeng muka, peralatan perlindungan kesihatan dan sebagainya.”

Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai yakin kaedah ini berkesan untuk merangsang semula pertumbuhan ekonomi malah dapat mengurangkan kadar penggangguran dalam kalangan rakyat dan pemilik perniagaan kecil dan sederhana.