Siaran Akhbar

Saringan COVID-19 ke atas pekerja asing perlu implementasi dengan berkesan

Mei 5, 2020

Memandangkan kes Covid-19 dalam kalangan warga asing yang berada di Malaysia sukar diramalkan, tindakan kerajaan agar mewajibkan saringan Covid-19 ke atas pekerja asing sangat dialu-alukan. Situasi ini diambil kira berdasarkan penglibatan ribuan pekerja asing dalam pelbagai sektor.

Oleh itu, Parti Gerakan Rakyat Malaysia mengesyorkan separa kos saringan perlu ditanggung oleh majikan dan warga asing demi mengelakkan berlakunya penyebaran pandemik daripada kluster ini. Cadangan ini dilihat praktikal untuk mengurangkan beban ekonomi dalam kalangan majikan dan pekerja asing yang sememangnya tidak berkemampuan.

Malah, usaha kerajaan untuk memutuskan rantaian Covid-19 menjadi lebih mudah dan berkesan. Saranan ini bukan sahaja dapat memupuk sikap tanggungjawab warga asing dalam negara, tetapi juga dapat mengurangkan masalah kewangan kepada kalangan majikan.

Biarpun saringan Covid-19 ini menelan perbelanjaan yang tinggi, namun kerajaan tidak wajar menanggung sepenuhnya kos saringan ke atas mereka kerana ianya tidak adil untuk orang tempatan.

Oleh itu, komitmen majikan dan pekerja untuk menanggung kos perbelanjaan saringan ini perlu diimplementasikan untuk meringankan beban kerajaan dan tekanan para petugas barisan hadapan yang sedang bertungkus-lumus sejak PKP diumumkan.

Majikan harus mempertimbangkan saranan ini untuk menyokong usaha kerajaan memerangi Covid-19 dan mengelakkan berlakunya gelombang kedua dalam negara seperti Kanada, Singapura dan sebagainya.

政府应回扣水电费应对酷热天气

政府应回扣水电费应对酷热天气

(槟城16日讯)民政党全国妇女组署理主席王煦棱呼吁政府,关注目前全国范围内酷热天气问题,并采取必要措施协助人民应对,其中包括给予人民水电费折扣,以减轻他们的经济负担。

baca lagi