Siaran Akhbar

Satu Lagi Tindakan U-Turn Dibuat Kerajaan Madani, Isu Larangan Merokok

Feb 19, 2024

Pertimbangan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memperkenalkan kawasan khas merokok berhampiran premis makanan dilihat satu lagi langkah ‘U-turn’ yang dibuat oleh Kerajaan Madani hari ini.

Saya hairan kerana pada 2019, ketika Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan, Menteri Kesihatan yang sama Dr Dzulkefly Ahmad dan Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye tergesa-gesa membuat penguatkuasaan larangan merokok di restoran sehingga berlaku kegelisahan dalam kalangan masyarakat.

Kononnya mereka tidak kisah di maki hamun dan sangat mengambil berat kesihatan rakyat serta komited untuk mempertahankan persekitaran yang sihat, supaya kesihatan setiap lapisan rakyat terbela.

“Tetapi hari ini, mereka ingin mempertimbangkan semula untuk memperkenalkan kawasan khas merokok? Adakah Kerajaan Madani hari ini sudah tidak komited lagi untuk mewujudkan persekitaran bebas asap rokok”

Saya berpendapat, penguatkuasaan semula kawasan khas merokok di premis makanan akan memberi impak negatif sekaligus memusnahkan usaha kerajaan sebelum ini untuk melahirkan genarasi bebas rokok pada masa depan.

Kerajaan PN sebelum ini begitu komited untuk membebaskan rakyat Malaysia daripada asap rokok dan mengambil langkah yang realistik dan tidak tergesa-gesa untuk menjayakan usaha tersebut apabila mewujudkan pelan pelaksanaan peruntukkan Generational End Game Anti Rokok-18 (GEG) atau dikenali sebagai Gegar-18.

Sepatutnya KKM di bawah Kerajaan Madani hari ini berusaha untuk melaksanakan RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dan bukannya memberi alasan bahawa undang-undang ini tidak boleh dikuatkuasakan atas klausa tidak berperlembagaan dan boleh membawa kerugian berjuta-juta ringgit kepada kerajaan.

Jimmy Chew Jyh Gang
Ketua Biro Pertubuhan Bukan Kerajaan
Parti Gerakan Rakyat Malaysia