Slide SERTAI KAMI SUMBANGAN SERTAI KAMI SUMBANGAN

Berita Gerakan

Sediakan tapak sementara untuk penjaja Medan Selera Tanjung Bungah

Nov 8, 2020

GEORGETOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang digesa menyediakan sebuah tapak perniagaan sementara untuk penjaja-penjaja Medan Selera Tanjung Bungah di Jalan Sungai Kerian di sini yang musnah dalam kebakaran kelmarin.

Setiausaha Gerakan negeri, Hng Chee Wey berkata, tindakan itu perlu diambil dengan segera bagi meringankan beban penjaja terlibat ketika ekonomi negara merosot akibat penularan Covid-19.

“Kerajaan negeri boleh menggunakan tanah lapang berhadapan lokasi kejadian sebagai tapak sementara untuk penjaja berniaga di sana,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Dalam kejadian kelmarin, Medan Selera Tanjung Bungah yang beroperasi sejak lebih 30 tahun lalu yang menempatkan lebih 30 penjaja musnah dalam kebakaran namun tiada mangsa dilaporkan terlibat.

Menurut Chee Wey, kerajaaan negeri juga perlu merancang dan membina sebuah bangunan atau medan selera baharu serta bersesuaian dengan keadaan semasa di tapak kejadian itu.

“Ini membolehkan penjaja dapat meneruskan perniagaan mereka di tempat yang lebih selesa dengan kemudahan lengkap pada masa depan.

“Dengan ini, bangunan yang bakal dibina dapat menyelesaikan masalah penjaja di tepi jalan dan kesesakan jalan raya di sana yang telah lama wujud,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan negeri diminta tidak menswastakan bangunan atau astaka  baharu yang bakal dibina  seperti yang berlaku di Pasar Batu Feringghi sebelum ini.

“Pelaksanaan dasar penswastaan telah membebankan penjaja dan peniaga di sana kerana mereka terpaksa membayar sewa lebih tinggi.

“Maka, saya berharap bangunan baharu atau Medan Selera Tanjung Bungah yang bakal dibina dapat dikendalikan dengan sepenuhnya oleh kerajaan negeri setelah siap dibina,” katanya.

是否按程序进行 王胜龙挑战林立迎辩论

是否按程序进行 王胜龙挑战林立迎辩论

(吉隆坡11日讯)甲洞增江腾云功(增江)分会会所管理权遭吉隆坡市政厅收回的事件继续发酵,民政党甲洞代表王胜龙挑战民主行动党甲洞国会议员林立迎,针对此事辩论。

baca lagi