Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

Sejauh mana komitmen YAB PM akan menentukan kejayaan KELUARGA MALAYSIA

Okt 23, 2021

Baru-baru ini YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri melancarkan #KeluargaMalaysia di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sarawak yang berasaskan Keterangkuman, Kebersamaan, dan Kesyukuran sebagai 3 nilai dan ciri-ciri yang menunjangi konsep tersebut. Pemuda GERAKAN menyambut baik pelancaran Keluarga Malaysia sebagai langkah untuk menyatukan Malaysia yang kini bermula pemulihan daripada penularan wabak Covid-19.

Slogan ‘Keluarga Malaysia’ tidak seharusnya menjadi slogan sahaja dan mengakibatkan satu lagi peluang yang terlepas untuk membangun negara. Malaysia telah terlalu lama terperangkat dalam pertengkaran antara satu sama lain. Covid-19 menjadi satu titik permulaan yang baru bagi negara-negara yang sedang membangun dalam persaingan menuju ke negara membangun. Bagi negara yang telah bersedia, mereka akan bangkit dengan lebih cepat dalam proses pemulihan. Jadi, ahli-ahli politik perlu bertindak lebih bertanggungjawab dalam memastikan ucapan mereka tidak memecah-belahkan rakyat lagi.

YAB PM berkata Keluarga Malaysia ini “umpama selembar benang, dikait, ditenun dan di jalin akhirnya menjadi kain yang sempurna dan indah”. Terdapat beberapa aspek yang perlu diberi perhatian untuk menjayakan Keluarga Malaysia. Antaranya, kesaksamaan dalam peruntukan sumber, pembangunan luar bandar berlandaskan Visi Kemakmuran Bersama 2030, pemerkasaan peranan pembangkang untuk mekanisme semak-seimbang, penuntutan semula hak Perjanjian Malaysia 1963 dan lain-lain.

Perkembangan perkara-perkara ini penting dalam memperlihatkan keikhlasan YAB PM dalam menjayakan Keluarga Malaysia. Sekiranya perkara-perkara tersebut tidak terdapat perkembangan yang ketara, Keluarga Malaysia akan menjadi sama seperti Slogan Satu Malaysia. Tekad untuk merealisasikan Kesepakatan Bersama (MoU) kerajaan dan pembangkang akan menentukan sejauh mana Keluarga Malaysia direalisasikan dan seterusnya diterapkan dalam masyarakat.

WONG CHIA ZHEN
PEMANGKU KETUA PEMUDA NASIONAL
PARTI GERAKAN RAKYAT MALAYSIA