Berita Gerakan

‘Selesaikan projek perumahan mampu milik terbengkalai’

Okt 13, 2021

KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran menyediakan peruntukan khas dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) khusus bagi menyelesaikan isu projek perumahan mampu milik yang terbengkalai di seluruh negara.

Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee berkata, isu itu masih membelenggu rakyat hingga kini, terutama golongan belia yang terpaksa menanggung pembayaran balik pinjaman bank setiap bulan, sedangkan projek berkenaan sudah terbengkalai melebihi 10 tahun.

“Saya ingin menyeru kerajaan supaya memberi perhatian kepada projek perumahan mampu milik yang terbengkalai sejak dulu hingga kini.

“Sebagai contoh, projek perumahan terbengkalai sejak 15 tahun lalu di Taman Sri Molek Perdana, Johor Bahru, membabitkan kira-kira 1,000 pembeli.

“Adakah Kerajaan Persekutuan dan negeri bekerjasama mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini? Pembeli yang menjadi mangsa terpaksa membayar balik pinjaman secara bulanan untuk rumah tidak siap. Adakah ia adil kepada golongan ini?

“Mahukah kerajaan melalui RMK-12, menyediakan peruntukan bagi menyelamatkan projek terbengkalai di seluruh negara demi kebaikan rakyat?” katanya ketika membahaskan RMK-12 di Dewan Negara, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menyambut baik perancangan kerajaan untuk membina 500,000 rumah mampu milik dalam RMK-12, namun menzahirkan kebimbangan jika ia tidak mampu dimiliki kebanyakan golongan B40 dan M40 yang sukar mendapat pinjaman bank.

“Di samping menambah bilangan rumah mampu milik, diharapkan kerajaan dapat membantu rakyat khususnya golongan belia yang baru bekerja, untuk mendapatkan pinjaman rumah.

“Mereka menghadapi masalah mendapatkan kelulusan pinjaman bank. Tanpa kelulusan itu, mereka terpaksa menolak tawaran rumah mampu milik yang diterima,” katanya.

Sementara itu, Datuk Isa Ab Hamid pula menggesa kerajaan memberi tumpuan kepada projek infrastruktur jalan raya dan pendidikan untuk masyarakat Orang Asli, sepanjang tempoh lima tahun RMK-12.

Beliau berkata, projek jalan raya bagi menghubungkan kampung Orang Asli, khususnya di pedalaman ke kawasan pekan dan bandar, akan memberi kesan berganda kepada ekonomi kaum itu.

Katanya, 36.1 peratus atau 308 kampung Orang Asli masih dalam lokaliti pedalaman, dengan 41.4 peratus kampung masih mundur, 52.4 peratus kampung bertaraf sederhana dan hanya enam peratus kampung dikategorikan sebagai maju.

“Dalam keadaan jalan sekarang, anak-anak Orang Asli terpaksa ke sekolah seawal jam 5 pagi dengan berhimpit menaiki kenderaan pacuan empat roda, seolah-olah hendak diseludup ke luar negara,” katanya.

民青团促沈志勤争取 恒毅行政独立权

民青团促沈志勤争取 恒毅行政独立权

(槟城17日讯)民青团槟州团长陈政翀促请,峇央峇鲁区国会议员沈志勤,应担当起跟进其选区内的恒毅中学分校行政独立权事,并透明度地每周报告工作进展,直至成功获得批准证为止。

baca lagi
国盟基层争上阵白热化 民政在新古毛有优先权

国盟基层争上阵白热化 民政在新古毛有优先权

(吉隆坡16日讯)国盟雪州主席拿督斯里阿兹敏阿里宣布,国盟成立12小组招揽各族青年参与竞选,新古毛补选正式迈入备战阶段。不过,随著土团党乌雪区部代主席凯鲁阿扎里发表新古毛州选区民众需要马来候选人,宣告国盟三党基层争取上阵补选的竞争白热化。

baca lagi
政府应回扣水电费应对酷热天气

政府应回扣水电费应对酷热天气

(槟城16日讯)民政党全国妇女组署理主席王煦棱呼吁政府,关注目前全国范围内酷热天气问题,并采取必要措施协助人民应对,其中包括给予人民水电费折扣,以减轻他们的经济负担。

baca lagi