Siaran Akhbar

Semak semula tahap penguasaan bahasa Melayu di SJKC dan SJKI

Ogo 28, 2024

Biro Pendidikan dan Masyarakat Berilmu GERAKAN, Alan Wong Yee Yang, berpendapat bahawa Kementerian Pendidikan boleh mempertimbangkan untuk menyemak semula dan meningkatkan tahap kurikulum Bahasa Melayu di SJKC (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina) dan SJKT (Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil), mungkin ini lebih berkesan dalam meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar.
Beliau menekankan bahawa jika niat Kementerian Pendidikan semata-mata untuk memperkukuh tahap Bahasa Melayu di SJKC dan SJKT, terdapat banyak cara untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar. Tidak semestinya perlu melaksanakan subjek “Kurikulum Bahasa Melayu Bersepadu” bagi mengelakkan peningkatan tekanan pembelajaran dalam kalangan murid-murid.
Namun, sebelum membuat kesimpulan sama ada penguasaan Bahasa Melayu murid SJKC dan SJKT adalah lemah, beliau merasakan bahawa Kementerian Pendidikan perlu lebih jelas tentang apa yang dianggap lemah dalam penguasaan Bahasa Melayu. Sampai ke tahap mana ia dianggap lemah? Ibu bapa pelajar tahu bahawa jika penguasaan Bahasa Melayu lemah, yang akan rugi adalah diri sendiri. Kami tidak mahu kerana Kementerian Pendidikan berpendapat penguasaan Bahasa Melayu murid SJKC dan SJKT lemah, mereka akhirnya terbeban dengan Bahasa Melayu hingga tidak mampu menangani tekanan.
Namun begitu, jika terdapat agenda tersembunyi di sebalik rancangan ini, seperti yang dikhuatiri oleh ramai pihak dalam pendidikan Cina bahawa SJKC mungkin akan kehilangan identitinya, beliau berkata bahawa wakil-wakil SJKC dan SJKT perlu bertindak dengan berhati-hati dan mengambil masa untuk mempertimbangkan keputusan Kementerian Pendidikan ini.
Walau bagaimanapun, Alan Wong mengakui, bahawa adalah sukar untuk mengharapkan murid-murid SJKC fasih berbahasa Melayu seperti rakan-rakan Melayu mereka, memandangkan persekitarannya berbeza.
Yang paling penting adalah mewujudkan persekitaran yang mendukung pembelajaran dan penggunaan Bahasa Melayu, di mana Kementerian Pendidikan boleh menggalakkan sekolah-sekolah untuk mengadakan lebih banyak aktiviti tambahan berkaitan Bahasa Melayu. Meningkatkan penggunaan Bahasa Melayu mungkin lebih berkesan.
“Kementerian Pendidikan harus melihat isu ini dengan lebih terbuka dan menyeluruh. Pembelajaran bahasa mesti digunakan secara fleksibel dan efektif. Kementerian Pendidikan harus memberi ruang kepada pihak sekolah untuk menerapkan kreativiti dalam pembelajaran, menggunakan pelbagai permainan kecil dan teknik pembelajaran interaktif agar pembelajaran Bahasa Melayu menjadi lebih mudah dan menyeronokkan!”
Beliau menyatakan bahawa pada masa ini, SJKC dan SJKT mengajar Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua, dan kedua-dua jenis sekolah ini telah melakukan banyak usaha dalam meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar dan sangat menitikberatkan tahap penguasaan Bahasa Melayu pelajar. Ada sekolah yang mewajibkan pelajar yang lemah dalam Bahasa Melayu untuk menghadiri kelas tambahan selepas waktu sekolah.
Alan Wong mengatakan Bahasa Melayu bagi pelajar hanya merupakan sebahagian kecil dalam proses pembelajaran sepanjang hayat; tetapi jika asas Bahasa Melayu tidak di perkukuhkan sejak kecil, ia akan mempengaruhi peperiksaan dan kemasukan ke universiti, memberi kesan besar dalam kehidupan sepanjang hayat mereka.