Siaran Akhbar

Siasat dakwaan 17 juta data MyKad dijual di web gelap

Dis 4, 2024

Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Lau Hoe Chai, menyeru Kementerian Komunikasi untuk menyiasat dan mengesahkan sama ada laporan media mengenai kebocoran data 17 juta MyKad yang dijual di laman gelap adalah benar, serta mengumumkan hasil siasatan kepada umum.

Menurut beliau, kaedah pencerobohan oleh kumpulan jenayah dan penggodam telah berkembang ke tahap yang lebih canggih, di mana mereka tidak lagi menghantar data ke pelayan fizikal tetapi terus ke penyimpanan awan (Cloud Server). Pelayan awan ini sukar untuk mengesan alamat IP. Oleh itu, kerajaan dan syarikat swasta perlu sentiasa memperbaiki dan meningkatkan sistem mereka untuk menjamin keselamatan data.

Beliau berkata, Jabatan Perangkaan Malaysia menganggarkan jumlah penduduk negara pada tahun 2024 akan mencapai 34.1 juta. Jika berita mengenai kebocoran 17 juta data ini benar, ia bermaksud separuh daripada data penduduk telah terdedah secara terbuka, yang melibatkan isu keselamatan rakyat dan keselamatan negara. Kementerian Komunikasi mesti segera menjalankan siasatan untuk memperjelas fakta.

“Penjenayah telah berkongsi sampel MyKad di laman gelap sebagai bukti. Jika sampel yang didedahkan itu adalah MyKad sebenar, ia adalah isu yang sangat serius. Ia boleh menyebabkan kerugian yang sukar dianggarkan kepada rakyat dan ekonomi negara.

“Kebocoran data berskala besar seperti ini sangat membimbangkan kerana ia boleh membawa kepada jenayah serius seperti pencurian identiti dan penipuan kewangan,” katanya.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini, Dominic Lau menegaskan bahawa pendigitalan merupakan sebahagian daripada pelan besar dan visi kerajaan perpaduan. Namun begitu, kejadian kebocoran data daripada jabatan kerajaan, institusi, dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang berlaku sebelum ini menunjukkan bahawa Kementerian Komunikasi perlu bukan sahaja menangkap dalang di sebalik insiden ini.

Beliau turut menyebut bahawa Yayasan Digital Malaysia (YDM) sebelum ini mendedahkan bahawa sejumlah besar data peribadi rakyat Malaysia yang berasal daripada jabatan kerajaan dan institusi swasta telah dijual di laman gelap pada harga antara RM4,400 hingga RM45,000.

Menurut Laporan Penipuan Tahunan Gogolook 2022, lebih 21 juta nombor telefon rakyat Malaysia telah bocor atau dijual kepada kumpulan penipuan dalam talian, dengan kadar kebocoran mencapai 73%, tertinggi di Asia.

Sebelum ini, pangkalan data utama di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, termasuk Jabatan Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara, juga telah mengalami masalah kebocoran data.

“Banyak agensi kerajaan atau syarikat swasta pada masa ini mewajibkan rakyat dan pelanggan untuk memberikan data peribadi mereka. Secara serius, kita kini tidak lagi mempunyai privasi peribadi di negara ini”

“Kerajaan perlu memperbaiki undang-undang berkaitan dan meningkatkan hukuman untuk membendung kegiatan penipuan yang semakin berleluasa,” tegasnya.

Datuk Dr.
Dominic Lau Hoe Chai
Presiden Nasional GERAKAN

引入新税增企业压力 “财案丢中小企定时炸弹”

引入新税增企业压力 “财案丢中小企定时炸弹”

(吉隆坡23日讯)由团结政府公布的“2025年国家财政预算案”,犹如给中小型企业丢了一颗“定时炸弹”,尽管主题为“焕发经济,产生改变,惠及人民”,民政全国主席拿督刘华才博士表示,这不仅仅是通过剥夺富人帮助穷人,也给中小企业带来了冲击,还可能给正在幻想加薪的公务员带来一颗“定时炸弹”。 刘华才今日率领民政领袖,前往拜访马来西亚中小企业公会(SME Association of Malaysia),双方进行了一系列坦诚并友好的交流。...

baca lagi