Berita Gerakan

“Sila selesaikan masalah dalaman dulu” – Gerakan selar Presiden UMNO

Jul 1, 2022

KUALA LUMPUR: Parti Gerakan hari ini menyelar tindakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang tidak fokus terhadap masalah dalaman parti pimpinannya, UMNO, sebaliknya, mengalih perhatian orang ramai terhadap pemimpin-pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang lain di dalam kes perbicaraan mahkamah beliau.

Ketua Biro Perpaduan Nasional Gerakan, Puvaniten Helan Gova berkata, pendedahan yang dibuat oleh bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman baru-baru ini jelas menunjukkan kedudukan sebenar UMNO di peringkat kepimpinan tertinggi.

“Sila selesaikan masalah dalaman UMNO dahulu. Amat jelas situasi sebenar UMNO yang didedahkan oleh Tajuddin berhubung politik dalaman UMNO ketika ini.

“Pendedahan ini sudah pasti mencetuskan banyak persoalan di peringkat akar umbi parti itu sendiri. Cubalah lihat apa reaksi orang ramai yang meledak di dalam media sosial satu dua hari ini.

“Rakyat nak kepastian berhubung apa yang sedang berlaku di dalam pucuk pimpinan parti berkenaan dan bukannya menyerong perhatian orang ramai atau menuding jari terhadap parti politik lain dan ahli-ahlinya,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Puvaniten turut mempersoalkan pendirian Presiden UMNO itu yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk dari segi isu yang diketengahkan Tajuddin.

“Tidak cukup dengan cuba memfitnah Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Undang-Undang, Datuk Mas Ermieyati Samsudin atas tuduhan penyelewengan wang milik partinya, Pengerusi Barisan Nasional itu kini menghala serangan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara.

“Rakyat sedang membuat perhatian dan ini bukan budaya politik zaman dulu yang boleh menyalahkan sesiapa pun atau rakyat senang mempengaruhi untuk apa tohmahan,” ujarnya lagi.

Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak beberapa hari lalu mendakwa Ahmad Zahid tidak layak memimpin UMNO dan perlu undur diri secara terhormat, selain mendedahkan keputusan mesyuarat MKT parti itu selama ini dibuat mengikut kehendak bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi