Siaran Akhbar

Surat terbuka kepada YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

Okt 28, 2020

Per: Belanjawan 2021

YAB Tan Sri yang dihormati,

Salam sejahtera dan salam dari Pulau Pinang!

Dikala YAB terus menunjukkan kasih sayang dan keprihatinan anda dalam menjaga agar semua rakyat Malaysia sihat dan selamat semasa wabak Covid-19 yang berpanjangan ini, izinkan saya merakamkan penghargaan saya ke atas semua yang telah YAB lakukan dan terus lakukan untuk negara.

Kami tahu YAB juga sibuk menyusun belanjawan nasional yang sangat penting berdasarkan cadangan dari semua lapisan rakyat dan perniagaan.

Izinkan saya, YAB Tan Sri, untuk senaraikan harapan saya dengan rendah diri untuk pertimbangan YAB seperti di bawah ini:

1. Bahawa tambahan RM500 sebulan diperluaskan kepada semua golongan B-40 untuk mengatasi masalah harian mereka hingga Jun 2021.

2. Semua suri rumah diberi elaun bulanan RM500.

3. Mereka yang mendapat gaji harian di kawasan MCO mendapat elaun sara hidup bulanan sekurang-kurangnya RM900.

4. Pelajar sekolah, kolej dan universiti menerima data mudah alih percuma berjumlah 10G sebulan.

5. Cukai pendapatan peribadi dikecualikan bagi mereka yang berpendapatan RM100,000 ke bawah setiap tahun.

6. Kad insurans perubatan diberi kepada mereka yang berumur 50 tahun ke atas.

7. Peningkatan peruntukan elaun untuk semua ’frontliners’ Covid-19.

8. Faedah saguhati berjumlah RM5,000 bagi setiap keluarga yang kehilangan orang yang mereka sayangi akibat Covid-19.

9. Menangguhkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan sehingga Disember 2021, sebagai cara untuk menurunkan harga dan secara tidak langsung rakyat akan mendapat lebih banyak wang untuk membeli barang-barang keperluan, makanan dan perkhidmatan harian.

Sama seperti senarai hadiah Krismas yang biasa diterima oleh anak-anak di Barat yang masih mempercayai Santa Claus, harapan saya agar YAB dapat mempertimbangkan untuk memenuhi beberapa keinginan yang disenaraikan di atas.

Terima kasih kerana bekerja tanpa jemu dalam usaha menuju Malaysia yang bersatu dan aman.

Semoga kesihatan yang baik dan semua keberkatan menjadi milik YAB.