Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

Syed Saddiq Cuba Alihkan Perhatian Atas Tuduhan Kesalahan Di Mahkamah

Ogo 6, 2021


Ahli Parlimen Muar YB Syed Saddiq mendedahkan satu pertemuan dengan Timbalan Menteri Kementerian Belia dan Sukan, YB Senator Wan Ahmad Fayhsal dan mendakwa beliau memujuknya untuk memberi sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri. YB Wan Ahmad Fayhsal turut menafikan sebarang ugutan atau tawaran ketika mengesahkan kewujudan pertemuan tersebut.

Kesahihan dakwaan beliau sebenarnya boleh dinafikan dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui Perutusan Khas pada 4 Ogos 2021, di mana pendirian beliau yang enggan tunduk kepada segelintir pihak, tidak mahu campur tangan dalam urusan mahkamah walaupun berdepan dengan ugutan ditarik sokongan terhadap beliau.

Jadi secara jelas, ini adalah satu percubaan oleh YB Syed Saddiq untuk mengalihkan perhatian kepada tuduhan kesalahan beliau ke atas pihak lain supaya sekali lagi menggambarkan tuduhan beliau adalah berunsur politik. Walaupun YB Syed Saddiq lantang menafikan kesalahan beliau di depan media, satu fakta yang mungkin terlepas pandang, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya boleh melakukan dakwaan sekiranya mempunyai bukti yang kukuh.

Sekiranya benar YB Syed Saddiq tidak bersalah, biarlah ia dibuktikan melalui prosiding perbicaraan dalam mahkamah. Dalam undang-undang, seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan di mahkamah. Usah beliau mencari publisiti murahan di luar mahkamah kononnya mendakwa betapa zalim kerajaan ini sehingga mengaitkan pertemuan peribadi dengan kes salah laku beliau.

YB Syed Saddiq merupakan antara pemimpin yang saya pandang tinggi, terutamanya beliau seorang ikon muda yang sering memberi harapan kepada anak muda dalam politik. Beliau sering kali melaungkan politik matang, tetapi cerminan tindakan sentiasa membangkitkan kemarahan rakyat. Adalah wajar sekiranya beliau menunjukkan teladan, terutamanya dalam soal keyakinan terhadap institusi kehakiman, biar yang benar dibuktikan di mahkamah.

WONG CHIA ZHEN
PEMANGKU KETUA PEMUDA NASIONAL
PARTI GERAKAN RAKYAT MALAYSIA

刘华才:关注难民安保隐忧

刘华才:关注难民安保隐忧

上周发生了528名罗兴亚难民从槟城双溪峇甲扣留中心集体逃跑事件后,警方积极展开追捕行动,目前仍在追查还未落网的60多人下落.

baca lagi
民政党木威区 重启3服务中心

民政党木威区 重启3服务中心

(实兆远28日讯)来届大选将至,民政党木威区部要在木威国席内的3个主要城镇,即爱大华、班台及实兆远重开服务中心,为民服务.

baca lagi