Berita Gerakan

Tadbir urus yang baik prasyarat tarik pelaburan

Mac 13, 2021

PETALING JAYA: Malaysia perlu ditadbir dengan penuh amanah dan berintegriti berteraskan prinsip tadbir urus yang baik serta kedaulatan undang-undang untuk menarik lebih banyak pelaburan ke negara ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, antara prasyarat penting menarik lebih banyak pelaburan ke negara adalah mewujudkan iklim pelaburan yang kondusif termasuk mengekalkan kestabilan politik dan melaksanakan tadbir urus yang baik.

“Untuk itu kita perlu memastikan Malaysia kekal stabil, aman dan harmoni serta ditadbir dengan penuh amanah dan berintegriti berteraskan prinsip tadbir urus yang baik dan kedaulatan undang-undang atau rule of law.

“Ini adalah antara faktor penting yang akan menarik lebih banyak pelabur untuk menanam modal di negara ini kerana mereka berasa lebih yakin bahawa pelaburan mereka adalah selamat dan terjamin,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Persidangan Perwakilan Nasional Ke-49 Parti Gerakan Malaysia (Gerakan) secara dalam talian hari ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin selaku Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata, PN mempunyai peranan penting dalam mewujudkan kestabilan politik, mengekalkan keharmonian rakyat berbilang kaum bersatu padu dalam sebuah negara majmuk, menjunjung prinsip tadbir urus yang baik dalam pentadbiran kerajaan dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

Jelas beliau, demikian prinsip-prinsip asas yang menunjangi pembentukan PN.

“Maka dengan itu, marilah kita bersama-sama merapatkan saf dan memperkukuhkan gerak kerja sehingga ke peringkat akar umbi bagi merangka formula terbaik demi kestabilan politik negara dan kemakmuran rakyat jelata.

“We have to stay united across all fronts in order to succeed as one. Apabila kita bersatu hati dan mencapai kestabilan politik yang utuh, segala inisiatif untuk memulih dan membangunkan ekonomi negara akan lebih mudah kita laksanakan,” katanya.

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi