Slide SERTAI KAMI SUMBANGAN SERTAI KAMI SUMBANGAN

Berita Gerakan

Tak kena masa ubah suai pejabat Exco

Feb 3, 2021

GEORGETOWN: Parti Gerakan negeri menyifatkan ketika ini bukan masa yang sesuai untuk kerajaan negeri mengumumkan projek mengubah suai serta membesarkan pejabat Exco di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini dengan kos hampir RM5 juta.

Pengerusinya, Oh Tong Keong berkata, adalah lebih baik peruntukan itu disalurkan kepada majoriti penduduk Pulau Pinang yang terjejas akibat pandemik Covid-19 ketika ini.

Apatah lagi kata beliau, pengumuman projek ubah suai pejabat Exco itu juga dibuat kira-kira sebulan selepas kerajaan negeri menggantikan kenderaan rasmi baharu bagi Ketua Menteri iaitu jenis Mercedes S560e berharga kira-kira RM458,000.

Jelas beliau, penduduk Pulau Pinang ketika ini khususnya golongan penjaja, peniaga dan usahawan kecil-kecilan semakin terhimpit ekonomi mereka disebabkan pandemik Covid-19 yang semakin memburuk.

“Jumlah RM5 juta bagi ubah suai pejabat exco itu jika dibahagikan sebanyak RM500, boleh dimanfaatkan kepada 10,000 penduduk miskin di negeri ini.

“Sepatutnya inilah yang perlu menjadi keutamaan memandangkan majoriti penduduk ketika ini tertekan dan terjejas dari sudut ekonomi kerana pandemik Covid-19,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kelmarin, kerajaan negeri mengumumkan projek ubah suai pejabat Exco yang bernilai RM4.95 juta itu dengan tender dibuat secara tender terbuka. – UTUSAN ONLINE

刘华才:降路费勿仅限轿车 罗里巴士应享30%折扣

刘华才:降路费勿仅限轿车 罗里巴士应享30%折扣

(吉隆坡19日讯)随着政府宣布南北大道公司属下所有大道的过路费调低18%,民政党主席拿督刘华才博士要求政府说明,除了私家车,其他等级车辆包括罗里和巴士使用南北大道时,是否也可享有这18%折扣。

baca lagi