Siaran Akhbar

Tanpa Pengorbanan Mereka, Merdeka Tidak Mampu Dikecapi

Ogo 1, 2021

Tanggal 31 Julai, Negara akan menyambut Hari Pahlawan untuk memperingati wira-wirawati negara yang mempertaruhkan nyawa untuk keselamatan dan kedaulatan Negara. Malaysia telahpun melalui pelbagai fasa, dari merdeka hingga sekarang, menentang komunis dan serangan-serangan terhadap keselamatan negara. Segalanya berjaya dipatahkan oleh anggota-anggota pertahanan Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

Kini, sekali lagi kita diserang, berbeza sedikit dari yang sebelum kerana ianya berbentuk pandemik yang mengugat keselamatan kesihatan dunia, dan para perwira kita diamanahkan untuk bertugas sebagai barisan hadapan dalam memerangi pandemik, melindungi kita, dan menjadikan negara Malaysia bebas COVID-19.

Kita dapat lihat bagaimana barisan hadapan keselamatan bertungkus-lumus mempertahankan benteng negara, mengorbankan segala yang penting demi rakyat dan Malaysia dalam usaha menjadikan Malaysia bebas pandemik. Segala jasanya adalah demi negara yang tercinta ini.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Hari Pahlawan kepada semua yang bertugas dalam Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia. GERAKAN juga merakamkan setinggi-tinggi perhargaan dan berterima kasih kepada seluruh warga pertahanan dalam usaha melindungi keselamatan negara.

“Tanpa pengorbananmu tiada erti kemerdekaan yang dikecapi”, Malaysiaku Selamat!

DATUK DR. DOMINIC LAU HOE CHAI
Presiden Nasional