Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

Teliti semula penggunaan Mykad untuk pembelian minyak masak.

Jul 22, 2022

Presiden Nasional GERAKAN Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai menggesa kerajaan terutamanya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) meneliti semula penggunaan Mykad untuk pembelian minyak masak.

Katanya, tindakan ini mungkin menyebabkan harga di gerai-gerai makanan meningkat.

“KPDNHEP telah membuat perbincangan dengan syarikat-syarikat pengeluaran minyak masak paket pada Isnin lalu dan diwajibkan keatas mereka untuk merekodkan aliran keluar masuk penjualan minyak masak yang disubsidi oleh kerajaan.

“Ini termasuk peruncit perlu merekodkan pelanggan nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon yang membeli minyak masak paket,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Saya memahami tujuan kerajaan adalah untuk memastikan minyak masak yang disubsidi oleh kerajaan dapat membantu golongan berpendapatan rendah.

Saya tidak menafikan bahawa langkah ini dapat memberi sedikit kesan dalam mencegah penyalahgunaan minyak masak, tetapi pelaksanaan langkah ini juga mungkin menyebabkan kenaikan harga makanan di kedai-kedai makan.

Perbezaan harga antara minyak masak paket yang diberi subsidi oleh kerajaan berbanding minyak masak dalam tin tanpa subsidi amat ketara.

Sekiranya penjaja goreng pisang atau peniaga kecil tidak dapat membeli minyak masak bersubsidi, kos dan harga makanan sudah pasti akan meningkat.

“Kebanyakan pelanggan peniaga kecil merupakan golongan berpendapatan rendah. Ini akan memberi tekanan kepada pengguna yang berpendapatan rendah.

“Oleh itu, kerajaan harus mengkaji secara mendalam agar tidak membebankan rakyat,” tegasnya.

Beliau turut menggesa kerajaan meminda Akta Kawalan Bekalan 1961 untuk mempunyai syarat penguatkuasaan yang lain kepada setiap perniagaan berbeza, dan bukannya mengenakan syarat penguatkuasaan sama rata kepada restoran besar dan peniaga kecil.

YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Presiden Nasional Parti GERAKAN Rakyat Malaysia

我们的教育怎么啦

我们的教育怎么啦

最近,我看到一则报道称,有39万名或72.1%大马教育文凭(SPM)毕业生无意继续升学,而选择进入职场。这个报道表面上只是玻璃市大学.

baca lagi