Berita Gerakan

‘Tidak menyesal cedera ditembak demi negara’

Sep 16, 2021

KUALA LUMPUR – Meskipun tercedera akibat terkena tembakan semasa menyertai satu misi di dalam hutan, namun tiada satu pun perasaan menyesal dan ragu-ragu dengan apa yang telah berlaku.

Demikian cerita seorang perwira negara, Patrick Lee Kai Tong, 70-an, yang menyertai Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia lebih dua dekad bermula pada tahun 1966 sebelum menamatkan perkhidmatannya pada 1987.

Menurutnya, sewaktu bertugas beliau tidak mempunyai banyak masa untuk merasa takut terutamanya ketika terlibat dalam operasi menyelamat dari tahun 1970 hingga 1976.

“Saya menyertai pelbagai misi menyelamat di darat sepanjang tempoh perkhidmatan itu, namun tiada satu pun perasaan menyesal dan ragu-ragu dengan apa yang telah berlaku selama ini.

“Ini kerana saya berkhidmat untuk negara yang tercinta,” katanya ketika dikunjungi Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai di Taman Melati, Setapak di sini pada Khamis.

Kunjungan Dominic sempena sambutan Hari Malaysia itu adalah sebagai mengenang dan menghargai jasa serta pengorbanan perwira negara dalam menjalankan tanggungjawab mereka sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.

Seorang lagi perwira negara yang menerima kunjungan Presiden Gerakan itu ialah Mohd Khair Mokhtar, 64, anggota tentera yang menyertai Rejimen Semboyan Diraja Malaysia ketika berumur 20 tahun pada tahun 1977.

Mohd Khair yang lebih mesra dengan panggilan Pak Anjang berkata, rajimen itu bertanggungjawab dalam komunikasi taktikal, peperangan elektronik dan informasi serta maklumat peperangan.

“Pak Anjang pernah dipertanggungjawabkan dalam menyampaikan maklumat penting dalam satu misi (misi tidak dimaklumkan) pada tahun 1993 ketika membuat tinjuan menggunakan helikopter Nuri.

“Malah Pak Anjang tidak pernah menyesal menyertai Angkatan Tentera Malaysia kerana Pak Anjang suka akan cabaran dan disiplin, sebab itu Pak Anjang menjadi seorang askar,” katanya.

Mengulas mengenai kunjungan itu, Pak Anjang berkata, usaha itu membuktikan pengorbanan petugas di barisan hadapan sepertinya dan Patrick masih diingati dan amat dihargai oleh pemimpin dan masyarakat.

国盟基层争上阵白热化 民政在新古毛有优先权

国盟基层争上阵白热化 民政在新古毛有优先权

(吉隆坡16日讯)国盟雪州主席拿督斯里阿兹敏阿里宣布,国盟成立12小组招揽各族青年参与竞选,新古毛补选正式迈入备战阶段。不过,随著土团党乌雪区部代主席凯鲁阿扎里发表新古毛州选区民众需要马来候选人,宣告国盟三党基层争取上阵补选的竞争白热化。

baca lagi
政府应回扣水电费应对酷热天气

政府应回扣水电费应对酷热天气

(槟城16日讯)民政党全国妇女组署理主席王煦棱呼吁政府,关注目前全国范围内酷热天气问题,并采取必要措施协助人民应对,其中包括给予人民水电费折扣,以减轻他们的经济负担。

baca lagi