Slide SERTAI KAMI SUMBANGAN SERTAI KAMI SUMBANGAN

Berita Gerakan

Tiga Parti Kongsi Maklumat Mantapkan Jentera Penerangan PN

Mac 10, 2021

10 FEB: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), PAS dan Gerakan bersetuju untuk berkongsi semua maklumat dan sumber bagi memastikan Parti Perikatan Nasional (PN) meraih kemenangan bergaya dalam pilihan raya umum ke-15 nanti.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, perkara itu dicapai selepas beliau mengadakan perbincangan bersama Ketua Penerangan PAS, Kamaruzaman Mohamed dan Naib Presiden merangkap Ketua Publisiti Gerakan di pejabatnya di sini, hari ini.

“Hasil pertemuan saya sebentar tadi dengan Kamaruzaman dan Naib Presiden Gerakan Koo Shiaw Lee, serta Dr Afif Bahardin yang mewakili Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Azmin Ali, kami bersetuju bahawa kerjasama dan saling membantu antara pasukan penerangan parti-parti komponen PN.

“Kami berkongsi maklumat mengenai prasarana penerangan yang ada dalam parti masing-masing, dan rancangan kita untuk bergerak ke hadapan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Wan Saiful berkata mereka juga setuju untuk sediakan kerangka perkongsian maklumat dan sumber, serta usaha pemantapan jentera penerangan parti-parti komponen PN sebagai persediaan untuk PRU15.

“Dengan kerjasama yang erat antara jentera penerangan parti-parti komponen dalam PN, saya yakin kita boleh menjadi lebih dekat dengan rakyat.

Banyak perkara baik yang PN telah lakukan. Kita telah buktikan bahawa kita sebuah kerajaan yang cekap dan prihatin mengenai kebajikan rakyat.

“Kita terus tegas dalam mempertahankan prinsip-prinsip integriti, anti-rasuah, dan kedaulatan undang-undang. Semoga dengan kerjasama ini maklumat yang tepat mengenai kerajaan PN akan dapat kita sebarkan dengan lebih luas dan tersusun,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

刘华才:关注难民安保隐忧

刘华才:关注难民安保隐忧

上周发生了528名罗兴亚难民从槟城双溪峇甲扣留中心集体逃跑事件后,警方积极展开追捕行动,目前仍在追查还未落网的60多人下落.

baca lagi
民政党木威区 重启3服务中心

民政党木威区 重启3服务中心

(实兆远28日讯)来届大选将至,民政党木威区部要在木威国席内的3个主要城镇,即爱大华、班台及实兆远重开服务中心,为民服务.

baca lagi