Siaran Akhbar

Tindakan Anwar khianati mandat rakyat

Dis 3, 2022

Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia, YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai menyifatkan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kabinet semalam dan juga pelantikan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mempunyai kes mahkamah, boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri. Ini adalah pengkhianatan terhadap mandat rakyat.

Beliau berkata Pakatan Harapan (PH) mempromosikan agenda anti-rasuah, reformasi institusi dan prinsip tadbir urus yang baik pada PRU15, tetapi kini beliau melantik Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri. Ini telah bertentangan dengan agenda anti-rasuah dan prinsip tadbir urus yang baik.

“Semasa PRU-15, PH memberitahu rakyat bahawa jika BN menang, kluster mahkamah UMNO akan dibebaskan dari mahkamah, dan orang telah disabitkan di penjara juga akan diberikan pengampunan.”

“Kini Anwar Ibrahim melantik Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk memastikan jawatanya tidak terjejas. Ia telah mematahkan jangkaan rakyat untuk memiliki kabinet yang jujur dan berintergriti”

Dominic Lau membuat kenyataan di atas dalam satu kenyataan hari ini.

“Mengapa Anwar Ibrahim mahu menjemput musuh ? Sedangkan dua bekas Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak melantik Zahid Hamidi yang terlibat dalam kes mahkamah.” soalnya

Beliau berkata, Zahid Hamidi pernah disabit dengan 47 pertuduhan rasuah, salah laku dan pengubahan wang haram. Mahkamah Tinggi juga telah memerintahkan Zahid Hamidi untuk membela diri. Namun pemimpin yang mempunyai kes mahkamah pun boleh dilantik sebagai Timbalan Menteri. Ini telah mengecewakan rakyat yang komited dalam memerangi rasuah.

Selain itu, beliau juga mengkritik pelantikan Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan, telah melanggar manifesto PH.

Beliau juga menunjukkan manifesto PH pada PRU lalu telah menyatakan bahawa Perdana Menteri tidak boleh berkhidmat sebagai Menteri Kewangan secara serentak. Kini Anwar Ibrahim telah melanggar janji tersebut.

“PH pernah berkata bahawa Perdana Menteri tidak boleh memegang dua jawatan kabinet secara serentak kerana ini akan membawa kepada penyalahgunaan dana awam. Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli juga memfailkan satu Rang Undang-undang Persendirian untuk memisahkan fungsi Perdana Menteri dari Menteri Kewangan pada September 2015 yang lalu.”

Dominic Lau berkata bahawa Anwar Ibrahim telah bertentangan dengan agenda anti-rasuah, institusi reformasi dan prinsip tadbir urus yang baik.

PRESIDEN NASIONAL PARTI GERAKAN
YB SENATOR DATUK DR. DOMINIC LAU HOE CHAI

吉打兑现承诺 首批7.5万拨8所华小

吉打兑现承诺 首批7.5万拨8所华小

(亞羅士打26日訊)吉打州政府兌現承諾,今日移交7萬5000令吉給首批受惠的8間華校,大臣拿督斯里莫哈末沙努西在主持移交儀式上也允諾,州政府給予華校的撥款,將會隨著州政府的稅收增加,撥款也將隨之增多。

受惠學校有吉北的文德華小、農村華小;吉中的平民華小、新民華中;吉南的益智華小、老火較華小、中正華小及西嶺華小。除了益智華小獲5000令吉,其他7校各獲1萬令吉。

baca lagi