Siaran Akhbar

Tindakan Tegas, Perlu Diambil Terhadap Jocelyn Chia!

Jun 7, 2023

Parti Gerakan Rakyat Malaysia mengecam seorang pelawak solo wanita Singapura kerana menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pembangunan negara Malaysia.

Naib Presiden GERAKAN, Koo Shiaw lee berkata, tindakan pelawak wanita itu menghina Malaysia menerusi lawak jenaka yang dipersembahkan telah mengundang kemarahan kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Bagi saya, pelawak wanita Singapura yang bernama Jocelyn Chia itu tidak sepatutnya membuat jenaka mengenai tragedi kehilangan MH370”

“Itu sensatif kerana mangsa yang terlibat sudah mati dan ia boleh dikatakan seperti memperlekehkan kententeraan Malaysia yang terlibat dalam misi MH370,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok @jocelynchiacomedy, pelawak itu menjadikan pembangunan Malaysia dan rakyat negara ini sebagai bahan jenaka.

Tambah Koo yang juga Ketua Penerangan, lawak menghina dan sensatif itu, akan merosakkan hubungan baik diantara Malaysia dan Singapura.

Tetapi apa yang saya boleh katakan, kalau itu ‘level’ pelawak Singapura memang sedih kerana tidak setanding Malaysia langsung.

“Menerusi video Jocelyn Chia, kononnya dalam 40 tahun Singapura telah menjadi ‘First World Country’.Namun saya hairan mengapa warga Singapura membuang air kecil di merata tempat? Adakah ini sikap rakyat daripada First World Country?”

“Kenapa setiap hujung minggu masuk Johor Bahru seakan-akan nampak seperti ‘penyamun’ minyak petrol RON95.Adakah itu perangani negara ‘First Word Country’?” tegas Koo

Beliau mengingatkan tidak bermakna Singapura mempunyai hubungan diplomatik yang baik bersama Malaysia pelawak itu dapat terlepas daripada tindakan undang-undang.

Saya menyeru pihak Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia menjalankan siasatan terhadap Jocelyn Chia ekoran tindakannya, kalau boleh sekat pasport beliau daripada memasuki Malaysia.

KOO SHIAW LEE
NAIB PRESIDEN
PARTI GERAKAN RAKYAT MALAYSIA