Berita Gerakan

Tingkat kawalan sempadan negara, elak kemasukan PATI

Jun 22, 2020

KUALA LUMPUR – Kerajaan disaran supaya terus mempertingkatkan kawalan sempadan negara bagi mengelakkan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Selain tidak mahu ada tali barut yang terlibat, kerajaan perlu praktikal dalam usaha menangani kemasukan PATI, kata Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai.

“Kerajaan perlu melaksanakan siasatan dalaman yang berkesan untuk mengelakkan berlakunya kompromi dalam kalangan anggota pihak berkuasa.

“Di samping memperketatkan undang-undang, rakyat juga digalakkan untuk membantu kerajaan menyalurkan maklumat pada masa yang sama,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dominic berkata, biarpun usaha mencegah kemasukan PATI sukar dicapai dalam tempoh masa yang singkat, kawalan dan penguatkuasaan daripada semua pihak berkuasa mampu mengurangkan jumlah kemasukan mereka.

Oleh itu beliau berkata, kerjasama daripada semua pihak perlu diperkasakan dalam membendung masalah tersebut daripada terus berlarutan.

“Sebarang kemasukan tanpa dokumen yang sah adalah salah dan ia boleh menggugatkan kedaulatan negara.

“Saya menyeru semua rakyat untuk bersama dengan kerajaan dalam membanteras PATI,” ujarnya.

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi