Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

Tingkat penguatkuasaan undang-undang untuk pemandu mabuk

Jun 1, 2020

Kuala Lumpur, 1 Jun – Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berpendapat adalah penting untuk kerajaan mempertimbangkan hukuman sebatan, penjara maksimum 20 tahun dan gantung lesen memandu seumur hidup untuk pemandu mabuk.

Tindakan itu dilihat sejajar dengan perkembangan semasa membabitkan pemandu mabuk yang menyebabkan kematian orang awam. Untuk makluman, statistik polis berhubung jumlah kes kemalangan akibat pemandu mabuk sepanjang 5 bulan pertama tahun ini adalah sebanyak 21 kes yang mana 8 mangsa meninggal dunia. Berbanding dengan 23 kes untuk keseluruhan tahun lalu.

Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai percaya ramai setuju jika hukuman terbabit dilaksanakan. Selain dapat membanteras masalah pemandu mabuk, ia juga dapat mengurangkan masalah sosial. Kerajaan perlu meminda undang-undang terbabit terutamanya membabitkan hukuman ke atas pesalah. Hukuman sebatan, penjara dan gantung lesen seumur hidup ini wajar dilaksanakan untuk mengelakkan lebih banyak kejadian maut berlaku gara-gara pemandu mabuk.

Selagi tiada undang-undang memperuntukkan hukuman yang setimpal, mereka tidak akan gentar dengan penguatkuasaannya. Maka tidak hairanlah kes kematian disebabkan oleh pemandu mabuk semakin meningkat akhir-akhir ini. Oleh yang demikian, kerajaan harus segera mempertimbangkan saranan tersebut.

Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata demikian dalam kenyataanya, biarpun berasa terkilan dengan tindakan pemandu mabuk, kerajaan masih sempat mengubahnya demi kepentingan bersama. Oleh yang demikian, beliau sangat berharap kerajaan dapat mempertimbangkannya untuk keselamatan petugas barisan hadapan dan orang awam.