Siaran Akhbar

Tingkatkan hukuman terhadap ‘keldai wang’ dan penipuan dalam talian

Jun 15, 2022

Presiden Nasional Parti Gerakan, YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai menyarankan kerajaan meningkatkan hukuman terhadap “keldai wang” supaya dapat mengurangkan kes kecurian wang simpanan dan penipuan dalam talian.

Beliau berkata, penjenayah yang terlibat dalam kes penipuan ini adalah menguna akaun bank yang disewakan oleh ‘keldai wang’ untuk memindahkan wang-wang mangsa tersebut.

“Menurut data polis telah merampas sejumlah 109,289 akaun bank ‘keldai wang’ dalam tempoh tiga tahun lalu. Sebanyak 64,319 keldai wang terlibat dalam kee tersebut”

“Kebanyakkan secara sedar menyewa atau menjual akaun peribadi kepada kumpulan penjenayah untuk mendapatkan keuntungan. Ini adalah faktor menyebabkan peningkatan kes penipuan dalam talian dan kecurian wang simpanan dalam beberapa tahun kebelakangan ini”.

Dominic Lau membuat kenyataan hari ini juga merujuk kepada kes seorang guru telah ditipu sebanyak 7.3 juta ringgit dan 10 keldai wang yang didakwa di mahkamah didenda hanya RM 1,000 masing-masing selepas mengaku bersalah.

Beliau berpendapat denda yang dihadapi oleh 10 keldai wang itu adalah sangat rendah berbanding jumlah mangsa yang ditipu. Selain itu, beliau juga bimbang hukuman ringan itu akan mendorong lebih ramai orang menjadi keldai wang dan bukannya bertindak sebagai penghalang.

Beliau juga mengingatkan rakyat supaya tidak menyewakan atau meminjamkan akaun bank untuk mendapat keuntungan semata-mata dengan cara menipu duit orang ramai.

政府应回扣水电费应对酷热天气

政府应回扣水电费应对酷热天气

(槟城16日讯)民政党全国妇女组署理主席王煦棱呼吁政府,关注目前全国范围内酷热天气问题,并采取必要措施协助人民应对,其中包括给予人民水电费折扣,以减轻他们的经济负担。

baca lagi